Artikel Popular

Friday, July 20, 2012

Zon Badan yang Mudah Terangsang bagi Wanita

JUMAAT, 20 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jika menyerang, selalunya kita dinasihati menyasarkan sudut lemah pihak lawan.  Namun, ada juga yang menasihati supaya kita menyerang sudut kuat  mungkin langkah ini menyebabkan lawan terkejut dan terpinga-pinga.

Sama ada menyerang sudut lemah ataupun sudut kuat, premisnya serupa, iaitu mengetahui selok-belok pihak lawan sebaik mungkin.  

Bagi lelaki yang ingin mengadakan hubungan asmara dengan wanita, mereka lazimnya dinasihati supaya mengenali zon mudah terangsang wanita.  Hal ini demikian kerana wanita  kurang  bersedia untuk menyatakan keinginan seks mereka.  Jill Di Donato memberikan petua tentang zon terangsang kaum hawa ini.   

Walau bagaimanapun, beliau mengakui zon mudah terangsang ini berbeza bagi setiap wanita. Wanita sebenar menjelaskan zon mudah terangsang mereka: otak, belakang  lutut, perut, kaki, dahi, telinga, tengkuk (leher dan belakang leher), dan mulut. Boleh dikatakan semua zon yang Di Donato perkatakan, sudah diketahui umum, kecuali otak: godaan ialah bentuk seni dan diamalkan kebanyakannya dalam imaginasi. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...