Artikel Popular

Saturday, July 21, 2012

Membelai Kasih Sayang

SABTU, 21 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Jangan salah faham.  Saya bukan pakar motivasi atau kaunselor untuk memberikan nasihat atau tunjuk ajar tentang kasih sayang, terutamanya untuk pasangan suami isteri, yang sudah lama berkahwin.  

Memang kita sering mendengar bahawa pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin yang masih romantik - pasangan yang bahagia.  Akan tetapi,  tidak kurang pula pasangan yang anak-anak mereka sudah besar panjang, tetapi perkahwinan  berkesudahan dengan perceraian.  Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Untuk pasangan suami isteri, memang wajar  mereka  terus mempersegarkan kasih sayang antara mereka, tidak kira sama ada yang baru dan yang sudah lama mendirikan rumah tangga.  Untuk si isteri, ada orang berpesan, "suami itu ibarat api, jika dibiarkan boleh membesar dan merebak."

Sheri Meyers dalam blognya yang membangkitkan dua persoalan:  Untuk pasangan monogomi, adakah menunggu masa sebelum suasana romantik berkubur dan hubungan mula hanyut?; dan adakah benar-benar mungkin untuk memastikan keberahian dan suasana romantik terus subur selepas lima, 10, 20 tahun berumah tangga?  Untuk persoalan pertama, jelas Sheri, adalah tidak, manakala yang kedua, ya.

Beliau mengemukakan enam petua untuk mempersegarkan kasih sayang antara suami isteri: curahkan kasih sayang anda secara kecil-kecilan, berkongsi aktiviti yang menjadi minat bersama, murah hati dengan pujian, pegang dan dakap antara satu sama lain (pesan saya: jangan pegang dan dakap orang lain), wujudkan masa keakraban, dan berkomunikasi secara jelas,  jujur, dan kerap.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...