Artikel Popular

Sunday, July 8, 2012

Biologi: Mengapa Bank Hampir Runtuh

ISNIN, 9 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Setiap kali berlaku skandal perbankan, daripada Lehman Brothers kepada JPMorgan kepada Barclays,  orang terus terbayangkan salah urus, tamak, penyelewengan, dan rasuah. Faktor biologi mungkin tidak dibayangkan sama sekali.

John Coates yang menulis dalam Time tentang faktor risiko, menegaskan bagaimana biologi dapat menjelaskan apa yang mengheret bank ke kancah kerutuhan. Biologi manusia dapat menolong menjelaskan apa yang mendorong peniaga bertindak bodoh.

"Apabila kita mengambil risiko, termasuk risiko kewangan," jelas Coates, "kita tidak hanya memikirkan risiko itu; kita juga bersedia untuk itu dari segi fizikal. Badan dan otak melakur sebagai unit fungsian tunggal."  


Daripada beberapa eksperimen di bursa saham London, mendapati ketika jalur kemenangan, biologi kita boleh bertindak balas berlebihan dan pengambilan risiko kita boleh menjadi patologi.  Apabila lelaki menyertai pertandingan, tahap testosterone meningkat, meningkatkan hemoglobin, dan dengan itu, kapasti darah mereka untuk membawa oksigen, dan dalam otak meningkatkan keyakinan dan keinginan mereka terhadap risiko.  


"Oleh sebab atlet membuat persediaan untuk bertanding, peniaga membeli aset berisiko, atau bahkan ahli politik bersiap sedia untuk pilihan raya, maka ini merupakan detik transformasi, yang orang Perancis Zaman Pertengahan sebut, "masa antara anjing dengan serigala." 


Ringkasnya, hujah Coates, "biologi peniaga boleh menyebabkan mereka mengambil terlalu banyak risiko apabila berada pada jalur kemenangan dan kemudian terlalu rendah apabila pasaran memerlukannya ketika krisis.  Pengurus risiko di bank perlu memahami biologi ini." 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...