Artikel Popular

Wednesday, July 18, 2012

Kanada Lebih Kaya daripada Amerika

RABU, 18 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Untuk pertama kali dalam sejarah kebelakangan ini, rakyat Kanada purata lebih kaya daripada rakyat Amerika purata. 

Menurut data daripada Environics Analytics WealthScapes yang diterbitkan dalam Globe and Mail, kekayaan bersih isi rumah Kanada purata pada tahun 2011 ialah AS$363,202, manakala kekayaan bersih isi rumah purata Amerika ialah AS319,970.

Stephen Marche yang mengulas laporan itu dalam Bloomberg, bahawa kadar pengangguran di Kanada jatuh lagi, kepada 7.2 peratus, dan Amerika kekal pada 8.2 peratus. Kanada terus berkembang maju, manakala Amerika Syarikat terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari jalan keluar daripada krisis ekonomi yang sukar diselesaikan dan keluk sinus politik harapan dan kehampaan. 

Perbezaan berkembang jelas mengikut bulan, jelas Marche. Sistem Kanada berfungsi; sistem Amerika tidak berfungsi.  Dan tidak hanya rakyat Kanada yang sedar.  Iceland mempertimbangkan menukar mata wang selain krona, iaitu dolar Kanada.

Akan tidak semestinya rakyat Kanada lebih rajin dan lebih berjimat-cermat jika dibandingkan dengan rakyat Amerika, tegas Elizabeth Hewitt yang turut mengulas dalam Slate. Krisis ekonomi  tahun 2008 memusnahkan pasaran perumahan Amerika Syarikat, menyebabkan nilai hartanah menjunam.  Justeru, nilai rumah rakyat Kanada bernilai kira-kira AS$140,000 lebih tinggi daripada nilai rumah rakyat Amerika.  Mereka juga memiliki kira-kira dua kali ganda hartanah berbanding dengan rakyat Amerika, dan mempunyai gadai janji yang sedikit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...