Artikel Popular

Tuesday, July 10, 2012

Daripada Seks Membawa Cinta?

SELASA, 10 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati.  Tanpa meragui pesan orang tua-tua sejak zaman berzaman, tetapi  kajian baru  yang dipetik oleh The Huffington Post menunjukkan sesuatu yang baru: daripada seks membawa cinta.  Seks dahulu, kemudian kahwin?

Menurut kajian itu, ikatan emosi sebenarnya dapat berkembang mekar daripada keinginan seks. Kajian itu cuba menemui di manakah perasaan cinta dan keinginan berasal dalam otak. Kajian mendapati bahawa cinta dan nafsu berahi, dua emosi yang sepatutnya berasingan, sebenarnya berasal dalam lokasi yang sama dalam otak.  

Namun, ini tidak bermakna bahawa cinta dan seks merupakan perkara yang sama, hanya sekadar kedua-duanya tidak berasingan, seperti "Peraturan" yang selalu difikirkan.  "Cinta dan seks adalah jelas bertindan dan kedua-duanya berbeza," jelas Jim Pfaus, Profesor Psikologi di Concordia University.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...