Artikel Popular

Thursday, July 12, 2012

Penangan Seks

KHAMIS, 12 Julai  2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Bercakap tentang seks, seperti bercakap tentang politik, pastinya tidak akan selesai sampai bila-bila.  Bagi orang lelaki, masing-masing ingin menunjukkan kehebatan mereka yang seolah-olahnya tidak tolok banding. 

Namun, bagi Pauline Potter, wanita yang terberat di dunia, dia mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi tentang seks.  Berat badannya turun hampir 100 paun menerusi sesi seks maraton dengan bekas suaminya, seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post.  Walaupun dia tidak dapat bergerak banyak di atas katil (saya tambah di sini: hanya sekadar menadah), dia berjaya membakar 500 kalori untuk satu sesi.  

Badan yang berat yang hampir tidak bergerak, tetapi seperti yang dilaporkan oleh The Sun, pasangan itu tetap menikmati keseronokan persetubuhan.  "Walau apa-apa pun orang mungkin fikir," jelas bekas suaminya, Alex, "Pauline hebat di atas katil.  Dia lebih hebat daripada mana-mana perempuan lain yang pernah saya tiduri."

Jelas Alex lagi, "dalam sehari apabila kami  hidup bersama semula, kami mengadakan enam kali persetubuhan dalam masa 24 jam.  Meskipun sebelah kaki Pauline berat berbanding dengan kemampuan saya, kami mampu meletakkan badannya supaya persebuhan menyeronokkan untuk kami berdua."  Walau bagaimanapun, Alex mengakui bahaya bersetubuh di atas katil kerana bila-bila masa katil boleh runtuh.

Sebagai tambahan, bagi wanita yang hamil, untuk mengelakkan mabuk hamil, Jesse Bering yang menulis dalam Slate memberikan petua: seks oral.  (Sesiapa yang berminat, baca di sini.) Juga kenikmatan seks Karezza, iaitu tanpa naik puncak (orgasma), pasangan dapat memperkukuh hubungan mereka.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...