Artikel Popular

Tuesday, July 24, 2012

Tatabahasa Penting

SELASA, 24 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Di negara kita, sebilangan orang gemar berbicara tentang pencemaran bahasa Melayu yang seakan-akan merupakan "simpton" yang kian merebak.  Maka, banyak tenaga dan  usaha dicurahkan untuk "mencegahkan kebakaran," antaranya pada papan tanda dan papan iklan, program televisyen, dan bahkan surat rasmi jabatan kerajaan. Pencemaran ini belum lagi mengambil kira  apa yang berlaku dalam media sosial, seperti e-mel,  Facebook, Twitter, dan blog.

Walau bagaimanapun, pencemaran bahasa juga berlaku dalam bahasa Inggeris, suatu "kesilapan bodoh" tatabahasa - memetik The Wall Street Journal.  Susan Adams yang menulis dalam Forbes, menegaskan bahawa tatabahasa mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini kerana ada alasan yang kukuh, dengan mengemukakan beberapa contoh kesilapan: (i) "There's new people you should meet," sepatutnya "there are new people you should meet;" (ii) "He expected Helen and I to help him," sepatutnya "he expected Helen and me." 

Kesilapan seperti itu menyebabkan para pengurus dan bos naik bosan dengan pekerja muda yang membawa vernakular e-mel, mesej Twitter dan perbicangan bersahaja ke dalam pejabat, termasuk penggunaan kabur perkataan, seperti "like" dan mereka yang berkata, "I could care less," apabila mereka maksudkan "I couldn't care less."

Susan Adams juga memetik tulisan dalam blog Harvard Business Review oleh Kyle Wiens, yang menegaskan bahawa beliau tidak mengambil orang bekerja yang mempunyai tatatabahasa yang teruk.  Wiens, Ketua Pegawai Eksekutif  iFixit memberitahu bahawa beliau memberi semua pemohon pekerjaan ujian tatabahasa, dengan pengeculian untuk pemohon tertentu.  "Jika orang yang mencari pekerjaan tidak dapat membezakan 'to' dengan 'too,' permohonan dimasukkan ke dalam bakul sampah," tulis Wiens.  

Wiens menjelaskan bahawa dua alasan beliau memandang berat tatabahasa.  Pertama, pada zaman digital ini, apabila kita berkomunikasi semakin banyak dalam teks dan pos bertulis, maka "kata-katan anda ialah semua yang anda ada.  Kita menonjolkan diri kita menerusia perkataan yang kita tulis.  Kedua, tatabahasa yang tertuk menunjukkan sifat kecuaian.  Beliau mahu mengambil pekerja yang memberikan perhatian yang mendalam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...