Artikel Popular

Sunday, July 1, 2012

Ketagihan dan Perceraian

AHAD, 1 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ketagihan boleh membawa kepada perceraian? Bagaimana ketagihan terhadap Internet, terutamanya Facebook yang dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu berasa kesepian?

Pakar undang-undang keluarga, Henry Gornbein yang menulis dalam blog The Huffington Post mendedahkan pengalaman beliau dalam mengamalkan undang-undang keluarga lebih 40 tahun.  

"Saya menyaksikan banyak sekali perceraian yang melibatkan pasangan yang ketagih, termasuk ketagihan alkohol, dadah, fornografi, dan perjudian," jelas beliau.  "Sepanjang kerjaya saya, saya mewakili kedua-dua pihak, iaitu pasangan yang ketagih dan pasangan yang suami/isteri ketagih." 

Gorbein percaya bahawa dalam banyak perkahwinan apabila salah seorang pasangan ketagih, nescaya suami/isteri menjadi enabler. Hal ini merupakan bahagian utama masalah.  "Saya pernah melihat situasi yang pasangan yang ketagih akan mendapatkan pertolongan, mencuba untuk mengubah kelakuan, dan perkahwinan mula retak kerana perubahan personaliti yang mengakibatkan atau hakikat bahawa perkara tidak lagi seimbang."

Beliau juga menegaskan kesan buruk televisyen, filem, dan iklan majalah yang sarat dengan alkohol dan seks.  Terlalu banyak penekakan terhadap glamor minum, menunjukkan bahawa jika mengambil minuman yang betul dan anda akan menemui lelaki atau wanita yang betul, tetapi bagaimana akibatnya?  Bagaimana tragedi manusia yang ketagihan bawa? Bagaimana  bukan sahaja membawa kepada perceraian, tetapi dapat mengakibatkan kemalangan serius, kecederaan atau kematian?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...