Artikel Popular

Wednesday, July 4, 2012

Bank Pandang ke Timur

RABU, 4 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sejak tahun 2007/2008 ketika tercetusnya krisis kewangan, nampaknya skandal kewangan masih berlaku. Yang terbaharu, melibatkan Barclays yang menyebabkan  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bob Diamond terpaksa meletakkan jawatan berikutan skandal Libor.  Beliau menyertai senarai pemimpin kewangan yang terpaksa berundur.

Seumas Milne dalam ulasannya menegaskan bahawa "kegagalan bank swasta, kita memerlukan penyelesaian awam," manakala Allister Heath mencadangkan supaya "kita menyuntikkan beberapa kapitalisme dalam bank." Dengan terdedahnya konspirasi Libor itu, membangkitkan persoalan yang lebih besar  dalam The Independent, "di manakah Bank of England dan Whitehall?"

JPMorgan yang terlibat dalam London Whale, yang dianggarkan menanggung kerugian mencecah AS$9 bilion, tetapi  menurut Bloomberg Businessweek, menikmati subsidi kerajaan AS$10 bilion.  

Daripada 1000 buah bank terbesar di dunia, menurut carta harian The Economist, susah untuk mencari makan  apabila pada tahun 2004, 24 daripada 25 bank yang menanggung kerugian terbesar di Eropah Barat, kerugian AS#121 bilion antara bank tersebut.  Sebaliknya, keuntungan perbankan terbesar bergerak dari Eropah Barat ke rantau Asia-Pasifik - untuk itu baca China.  Empat daripada lima bank yang paling banyak menghasilkan keuntungan di dunia pada tahun ialah bank Cina.  Bank berkenaan menghasilkan keuntungan kolektik AS$130 bilion pada tahun 2011, satu pertiga jumlah rantau ini.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...