Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Anne-Marie Slaughter menulis dalam Atlantic, menyatakan kesukaran wanita bekerjaya, seperti beliau sebagai pengarah wanita yang pertama perancangan dasar di Jabatan Negara Amerika Syarikat, dan sebagai seorang ibu. Makalah beliau itu menerima respons dan kritikan yang meluas yang mendorong beliau menjelaskannya. Dalam wawancara dengan Time, Anne-Marie mengulangi pendiriannya bahawa wanita tidak dapat memiliki segala-galanya.
Selain terpaksa memenuhi dua tuntutan yang bercanggah, iaitu antara kerjaya dengan rumah tangga, wanita mungkin mempunyai suami yang "main kayu tiga": "gading mana yang tak retak, suami mana yang tak curang."
Walau bagaimanapun, wanita jangan risau kerana mereka dapat mengesan sekiranya suami mereka mempunyai hubungan sulit dengan wanita. Tanda si suami menipu, 21 cara untuk menghidunya, seperti yang ditunjukkan oleh The Huffington Post yang sepatutnya dimanfaatkan oleh wanita yang bersuami.
Dalam bab hubungan, wanita dikatakan mempunyai kepintaran yang sangat hebat. Secara umum, wanita lebih mengetahui lelaki berbanding dengan lelaki mengetahui wanita. Masalahnya perkara itu tidak dimanfaatkan untuk membuat pertimbangan yang baik apabila lelaki terlibat. Dari segi perkahwinan semula, seperti yang dibangkitkan oleh akhbar Internet itu, wujud 10 alasan wanita memilih lelaki yang silap.
Separuh wanita janda berkahwin semujla dalam masa kurang lima tahun, dan 75 peratus wanita janda berkahwin semula selepas 10 tahun. Namun, sesetengah perkahwinan semula itu juga berkesudahan dengan perceraian.
Berikutan perceraian Tom Cruise dengan Kati Holmes, Belinda Luscombe menulis dalam Time tentang perangkaan perceraian di Amerika Syarikat. Meskipun perkahwinan dan perceraian merupakan norma, banci terbaharu menunjukkan gambaran yang cerah tentang perkahwinan.
No comments:
Post a Comment