Artikel Popular

Thursday, July 5, 2012

Wanita Naik Galak Selepas Melahirkan Anak?

KHAMIS, 5 Julai 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Lazimnya, kesibukan dan kepenatan menjaga anak menyebabkan pasangan suami isteri jarang-jarang mengadakan hubungan seks, meskipun ada keinginan untuk melakukannya.  Bagi si suami, menunggukan si isteri menidurkan anak kecil merupakan satu penyeksaan sehingga menyebabkan si suami itu  tertidur dengan "hajat tidak kesampaian." 

Kini, kajian baru, menurut Stephanie Pappas,  dalam The Huffington Post, mendapati bahawa apa yang membangkitkan keinginan wanita dalam tempoh selepas bersalin (postpartum period) bukannya faktor fizikal, tetapi faktor psikologi.  

Dalam banyak kes, faktor sosial, seperti sokongan pasangan dan tabiat tidur bayi memainkan peranan dari segi minat baru ibu terhadap seks berbanding dengan faktor fizikal, seperti trauma kelahiran. Wanita juga didapati mula ingin dan terlibat dalam seks  segera berbanding tempoh menunggu enam minggu yang kebanyakan doktor syorkan. 

"Satu perkara yang menarik adalah bahawa wanita melakukan seks oral pada pasangan mereka dan terlibat dalam pengonanian lebih awal berbanding dengan seks oral yang mereka terima atau terbabit dalam persetubuhan," - memetik penyelidik kajian, Sari van Anders dari University of Michigan. "Orang ramai sering mengandaikan bahawa wanita hanya tidak meminati  keseksualan  lebih  awal dalam tempoh selepas bersalin dan bahawa aktiviti seksual yang mereka lakukan adalah demi memenuhi hajat si suami semata-mata, tetapi kadar pengonanian menunjukkan bahawa wanita berasa ingin mengadakan hubungan seks.

Tempoh bayi baru merupakan masa kurang tidur dan sembuh daripada bersalin, dua faktor yang tidak sesuai untuk kehidupan seks yang tidak dapat dikawal. Akan tetapi, kajian menunjukkan bahawa keibubapaan baru tidak menyejukkan keinginan seks untuk sekian lama.  Kajian menunjukkan bahawa keinginan kembali semula kepada tahap pramengandung dalam masa tiga atau empat minggu, meskipun kebanyakan pasangan tidak memulakan hubungan vagina sehingga tujuh atau lapan minggu.

Para penyelidik mengambil 304 orang wanita yang bersalin dalam tujuh tahun lalu untuk menunjukkan pengalaman selepas bersalin mereka dalam siri soal selidik dalam talian.  Semua wanita mempunyai pasangan romantik ketika tiga minggu pertama kehidupan bayi mereka.  Mereka menjawab soalan tentang keinginan seksual mereka, aktiviti seksual mereka,  sokongan suami mereka, pengalaman bersalin mereka, dan faktor lain, seperti penyusuan bayi. 

Pada akhor tiga bulan pertama, 85 peratus wanita yang dikaji mula mengadakan bersetubuh semula.  Enam puluh peratus terlibat dalam oral seks dan 61 peratus melakukan onani.  Secara umum, menurut van Anders, wanita mula mengadakan seks oral dan melakukan onani dahulu, dengan seks oral terbuka dan persetubuhan berlaku kemudian.

Dari segi penentuan masa, faktor paling penting untuk wanita adalah tanggapan mereka tentang keperluan dan keinginan seks suami mereka, menunjukkan bahawa sesetengah wanita memulakan aktiviti seksual semula lebih untuk faedah suami mereka berbanding dengan faedah mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...