Artikel Popular

Tuesday, July 24, 2012

Wanita Tidak Ada Tempat di India

SELASA, 24 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Di India, konflik tercetus berpunca daripada  kasta, bahasa, agama, dan kelas.  Daripada keempat-empat itu, ditambah satu lagi, iaitu gender.  Meskipun India pernah diterajui oleh seorang Perdana Menteri wanita selama 15 tahun, nasib kaum wanita di negara itu hingga kini jauh daripada terbela. 

Walaupun India menganggotai G-20 - kumpulan negara kaya dan salah sebuah negara BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China), negara itu dianggap tempat terburuk untuk wanita. Helen Pidd yang menulis dalam The Guardian, mendedahkan bahawa kaum wanita tidak dihormati, tidak ada undang-undang khusus terhadap pencabulan seksual.  Helen memetik kajian bahawa dalam kalangan G-20 yang menunjukkan selepas Arab Saudi, ialah India - tempat kedua terburuk.


Sebenarnya, India diselubungi oleh paradoks, misalnya ekonomi berkembang pesat selama 20 tahun, tetapi menurut The Economist, kadar kemiskinan masih tinggi. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...