Artikel Popular

Thursday, July 26, 2012

Penyelesaian Dua Negara Masih Ada Harapan?

KHAMIS, 26 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dua belas  tahun lalu, Presiden Amerika  Syarikat, Bill Clinton, Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, dan pemimpin Palestin, Yasir Arafat berkumpul di Camp David untuk melancarkan usaha bersejarah untuk menamatkan konflik Israel-Palestin. Demikian Aaron David Miller menulis dalam Foreign Policy, untuk mengenang kembali sebuah harapan yang akhirnya  berkecai. Kedua-dua pihak, iaitu Israel dan Palestin menutup jendela peluang untuk mencari jalan penyelesaian,  meskipun selepas itu, usaha damai masih diteruskan. 

Israel  kini bergelut dengan krisis Zionisme dan kebuntuan politik.  Namun,    Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memaklumkan pada Mei lalu,  kesediaan negaranya   mengadakan semula rundingan damai dengan Palestin, selepas usaha terakhir empat bulan lalu. Walau bagaimanapun,   Peter Beinart meragui usaha tersebut kerana Netanyahu kurang berminat terhadap kelahiran negara Palestin yang menghampiri garis tahun 1967

Penyelesaian dua negara  menjadi perhatian semula dengan kemunculan tulisan Akiva Eldar dalam The National Interest dalam keluaran terbaharunya bahawa 42 tahun selepas pendudukan Tebing Barat dan Lembah Gaza, yang sebelum ini milik Jordan dan Mesir, Perdana Menteri sayap kanan mengisytiharkan kesediaan beliau untuk kembali wilayah ini kepada penduduk yang mendiami kawasan itu, di samping persetujuan beliau untuk mewujudkan negara baru Palestin yang merdeka.  

Israel, hujah Eldar tidak pernah secara terangan menolak dengan penyelesaian dua negara yang melibatkan pembahagian tanah dan negara Palestin.  Namun, jelas beliau, Israel tidak pernah mengakui bahawa pembangunan Tebing Barat menyebabkan penyelesaian tersebut mustahil. Berhadapan dengan realiti kemungkiran yang penyelesaian sebuah negara dianggap hanya satu-satu opsyen, Israel memilih cara ketiga, iaitu berlanjutan status quo.

Eldar nampaknya meragui penyelesaian dua negara kerana kerajaan perpaduan yang ada sekarang mustahil menggunakan kuasa mereka untuk menggalakkan pembahagian baru tanah kepada dua negara dengan cara yang diterima oleh Palestin.  "Sejarah mengajar kita bahawa Israel hanya bersedia untuk mengambil  berani dan jujur ke arah perdamaian apabila mereka mengetahui kos kegagalannya untuk melakukannya bahkan lebih besar.  Malangnya, melihat realiti situasi semasa, wujud sedikit alasan untuk memikirkan bahawa Israel akan mengambil langkah ini dalam masa terdekat."

Dalam laporan khas, "Israel; The Future,"  NewStateman meletakkan harapan pada penyelesaian dua negara.  Kebanyak rakyat Israel dan umat Palestin akan terus menyokong penyelesaian dua negara sebagai cara kedua-dua belah pihak mengekalkan hak untuk  penentuan nasib sendiri  nasional.  Tidak mandat bagi penyelesaian satu negara, sama ada menjadi "Israel yang lebih besar" ataupun negara dwinasional.  

Walau bagaimanapun, sokongan akar umbi  kedua-dua pihak, iaitu Israel dan Palestin untuk penyelesaian satu negara lebih tinggi daripada yang difikirkan. Hakikatnya, penyelesaian satu negara bermakna kerajaan Israel perlu memberikan layanan yang adil dan saksama kepada umat Palestin, sebagaimana yang dinikmati oleh orang Israel.  Akan tetapi, hal ini tidak mudah berlaku, kerana seperti yang pernah dibangkitkan oleh  Yousef  Munayyer dalam The New York Times, "tidak semua warga Israel adalah sama."   Berlaku diskriminasi terhadap umat Palestin di Israel, seperti yang dialami sendiri oleh Munayyer dan isterinya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...