Artikel Popular

Thursday, July 19, 2012

Pilihan Raya Gunakan Bantuan Google

KHAMIS, 19 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Meskipun serangan bertalu-talu kempen Obama menyebabkan Mitt Romney berasa kesakitan, perlumbaan  antara beliau dengan Barack Obama dikatakan sengit.  Sementara The Huffington Post membayangkan bahawa tinjauan pendapat pengundi, Romney mempunyai kelebihan tersembunyi sambil melaporkan kritikan terhadap tinjauan pendapat Pew Research Center yang dikeluarkan pada minggu lalu yang menunjukkan Obama mendahului Romney dengan margin tujuh mata (50 peratus berbanding dengan 43 peratus).

Bukti baru, menurut William Galston yang menulis dalam The New Republic, serangan terhadap Bain Capital tidak berkesan.   Beliau memetik Purple Poll, yang dikeluarkan pada 16 Julai bahawa di 12 buah negara berayun, Obama mendahului Romney dengan 47 berbanding 45, pada hakikatnya tidak berubah daripada 48 berbanding dengan 46 pada bulan lalu.  Dalam kalangan pengundi bebas di negeri berkenaan, Romney mendahului dengan lima mata, pada hakikatnya tidak berubah daripada kelebihan enam mata yang beliau peroleh sebulan lalu.  Tinjuan pendapat CBS/NYT yang dipetik menunjukkan populariti Obama jatuh kerana ekonomi.

Oleh sebab Malaysia akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi, dan parti-parti politik telah pun membuat persiapan sejak berbulan-bulan kalaupun tidak bertahun-tahun, maka ada baiknya orang politik mempelajari sesuatu daripada Google yang menjejaki kesan serangan  terhadap Bain Capital, seperti yang diterbitkan dalam The Atlantic. Meskipun wujud  beberapa tinjauan pendapat dan sekutu Mitt Romney berasa bimbang, terlalu awal untuk mengatakan bagaiman kesan serangan Presiden Barack Obama terhadap pemegangan jawatan calon Republikan itu di Bain Capital.

Namun, apa yang dapat dikatakan bahawa serangan itu semakin mendapat perhatian, dengan memetik Alexander Burnn daripada Politico. Minat orang ramai meningkat minggu lalu apabila Romney mengelirukan penglibatannya di Bain Capital atau tidak terlibat antara tahun 1999 hingga 2002.  Pertumbuhan yang pesat sepatutnya membimbangkan kempen Romney, bermakna para pengundi mengambil perhatian terhadap kontroversi itu, dan menyukarkan untuk mengubah subjek kepada sesuatu yang tidak memihak kepada Obama.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...