Artikel Popular

Sunday, July 15, 2012

Lembu yang "Naik Minyak" dan yang Istimewa

AHAD, 15 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Kisah lembu di Malaysia yang gamat suatu ketika sehingga membawa ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan kondo, nampaknya kian kendur. Orang politik dan media sosial yang seakan-akan tidak mahu terlepas daripada lembu, kini beralih arah.  Lembu yang dijangkakan menjada pengubah permainan, menjadi diubah permainan . "Bapak lembu"  dan "ibu lembu" yang banyak berkeliaran lesap entah ke mana, bahkan ada   yang terpaksa membawa diri.

Tatkala "bab lembu" di negara ini hampir ditutup,  lembu di tempat lain  menggegarkan berita. Di kota Pamplona, utara Sepanyol berlangsung Larian Lembu Jantan, dengan beribu-ribu orang menguji keberanian mereka untuk berlaga dengan enam ekor lembut jantan.  Namun, malang tidak berbau apabila beberapa orang  cedera, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail dan The Huffington Post, akibat   lembu yang "naik minyak."

Sementara di Perancis, lembu tidak mengganas, tetapi terpaksa diberikan layanan istimewa.  Menurut Time, petani memberikan lembu minum dua botol  wain sehari untuk meningkatkan kualiti daging.  Pembuat wain, iaitu Jean-Charles Tastavy berkongsi dengan petani, iaitu Claude Chaballier yang mempunyai lembu yang lebih untuk diuji dengan teori wain.  Eksprimen dilakukan dilakukan oleh Tastavy selepas beliau mempelajari kajian di Sepanyol dan Kanada yang menonjolkan merit memastikan haiwan gembira untuk menghasilkan daging lembu yang lebih baik.

Usaha ini bermula pada tahun 2011, iaitu selepas penuaian anggur musim luruh, tiga ekor lembu diberikan makan dengan bahan benyek, pada dasarnya, sisa anggur yang diperah, dicuci dengan air.  Kemudian, mereka pilih untuk memberikan lembu makan bahan sebenar, iaitu wain yang dikeluarkan oleh pengusaha tempatan, iaitu dari Saint-Genies des Mosques.  Lembu menghargai menu itu dan dengan seronok," jelas Tastavy. 


Menurut majalah itu lagi, lembu di Kobe, Jepun juga diberikan oleh layanan istimewa oleh tuannya dengan diberikan minum bir untuk menaikkan selera haiwan itu. Sesetengah petani di selatan Jepun menggunakan mimuman keras sebagai primer tiruan untuk menambahbaikkan penjelmaan dan kelembutan kulit haiwan itu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...