Artikel Popular

Saturday, July 14, 2012

Data atau Datum?

SABTU, 14 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


Dalam bahasa Melayu ada kalanya wujud keterikatan yang kuat pada bahasa Inggeris, terutamanya dalam proses daripada bahasa kedua. Perkataan "is" dalam bahasa Inggeris, seboleh-bolehnya tidak mahu dilepaskan dalam bahasa Melayu, iaitu "ialah" atau adalah; demikian juga di hujung satu-satu perkataan yang wujud "s," maka dalam bahasa Melayu, mesti dijamakkan.  Kalau "... is based on...," maka dalam bahasa Melayu, "...adalah berdasarkan kepada/pada..." (Sepatutnya: "... berdasarkan...")  Bahkan, perkataan yang sudah jamak sifatnya dalam bahasa Inggeris, seperti "data," dan "information," maka dalam bahasa Melayu, ada orang menyebut,  "data-data," dan "maklumat-maklumat,"  

Kalau ayat dalam bahasa Inggeris: "My father is a teacher," maka dalam bahasa Melayu, "Ayah saya ialah seorang guru."   Akan dikatakan  janggal jika disebut: "Ayah saya guru." Demikianlah beberapa contoh betapa setianya bahasa Melayu pada bahasa Inggeris, terutamanya "is" dan "a" - seolah-olahnya "berpisah tidak."

Selain itu, sering diperdebatkan sesuatu yang kelihatan telah mantap, misalnya "baru" dan "baharu;" "ialah" dan "adalah." 

Walau bagaimanapun, dalam bahasa Inggeris  juga berlaku pertikaian tentang sesuatu yang sudah mantap, seperti yang diketengahkan oleh  K.N.C. dalam The Economist, sama ada data atau datum? Adakah data jamak ataupun mufrad? Justeru, adakah "data is" ataupun "data are?"  Dalam tulisan itu, K.N.C memetik Phil Izzo dalam blog The Wall Street Journal, "Is Data is, or Is Data Ain't, a Plural?"  Turut dipetik, ialah Kevin  Drum yang menulis dalam Mother Jones bahawa "kebanyakan panduan gaya dan kamus perlu menerima penggunaan kata nama data dengan sama ada kata kerja mufrad atau jamak, dan kita dengan itu, menyertai golongan majoriti."  Drum juga mengemukakan graf  tentang  penggunaan "data is" dan "data are" yang dipetik daripada Google Ngram Viewer, seperti yang ditunjukkan di bawah ini (juga dipetik oleh K.N.C.).
  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...