Artikel Popular

Monday, July 23, 2012

Belayar Bersama-sama, Fantasi Berbeza

ISNIN,  23 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Lelaki dan wanita mempunyai fantasi seksual, tetapi jenis fantasi mereka adalah berbeza. Seperti yang dipetik oleh The Huffington Post, para penyelidik di University of Granada mengeluarkan hasil kajian mereka yang mendapati bahawa wanita membayangkan hubungan seks yang "seronok" beberapa kali sebulan, manakala lelaki membayangkan hubungan seks yang lebih kerap dan membayangkan aktiviti seks yang lebih bersifat "penjelajahan," termasuk seks kumpulan, "persetubuhan secara rambang," "berpusing," dan "menyertai dalam pesta seks."

Kajian itu membabitkan 2250 orang Sepanyol yang berumur antara 18 tahun dengan 73 tahun yang terlibat dalam hubungan heteroseksual untuk sekurang-kurangnya enam  bulan.  Hampir semua responden memberitahu bahawa mereka membayangkan pengalaman seks yang "menyeronokkan," manakala 80 peratus berkata bahawa mereka membayangkan sesuatu yang "tidak menyeronokkan."

Lazimnya, fantasi seksual yang tidak menyeronokkan dalam kalangan wanita yang dikaji adalah kerana "dipaksa untuk bersetubuh," manakala bagi lelaki, fantasi seksual yang tidak menyeronokkan ialah hubungan homoseksual.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...