Artikel Popular

Friday, July 13, 2012

Ekonomi Pasaran Bebas Muram?

JUMAAT, 13 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Carta harian The Economist menunjukkan kewujudan syarikat terbesar dunia dari segi geografi. Seperti tahun sebelum ini, Amerika Syarikat terus mendahului negara lain, dengan diikuti oleh China (termasuk Hong Kong), Jepun dan beberapa buah negara Eropah, iaitu Jerman, Perancis, Britain dan Switzerland (rujuk carta).


Dalam gambaran yang berbeza, The Guardian, memetik kajian Pew, "adakah orang ramai hidup lebih baik dalam ekonomi pasaran bebas?"  Menurut kajian itu, krisis ekonomi global menghakiskan sokongan terhadap kapitalisme.  Dalam 11 buah daripada 12 buah negara yang dikaji, separuh atau kurang kini bersetuju dengan pernyataan orang ramai hidup lebih baik dalam  ekonomi pasaran bebas,  meskipun sesetengah orang kaya dan sesetengah orang miskin.  Dan sokongan sedemikian jatuh di sembilan daripada 16 buah negara dengan data yang boleh dibandingkan sejak tahun 2007, sebelum Kemelesetan Besar bermula.  Kekecewaan itu ketara di Italy (yang sokongan terhadap ekonomi pasaran ekonomi jatuh 23 titik peratusan), Sepanyol (20 titik), dan Poland (15 titik), Britain (11 titik), Republik Czech (sembilan titik).  Hanya Perancis dan Jerman  yang menunjukkan peningkatan, dengan masing-masingnya dua dan empat titik perpuluhan.

Hal  ini merupakan dapatan penting daripada kajian oleh Pew Research Center's Global Attitudes Project, yang dijalankan di 21 buah negara dalam kalangan 26,210 responden dari 17 Mac ke 20 April 2012. Di Amerika Syarikat, 67 peratus orang ramai masih mempercayai hidup lebih baik dalam ekonomi pasaran bebas, tetapi rendah jika dibandingkan dengan China (74 peratus) dan Jerman (69 beratus).  Bagi negara BRIC yang lain,  Brazil (75 peratus), India (69 peratus), dan Rusia (47 peratus).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...