Artikel Popular

Sunday, July 1, 2012

Euro: Italy Menang Pertarungan, Kalah Peperangan

AHAD, 1 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ketika sidang kemuncak Kesatuan Eropah di Brussels, Perdana Menteri Italy Mario Monti dan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy, dilaporkan berjaya mendesak Canselor Jerman Angela Merkel agar dana pelan penyelamat zon euro digunakan untuk menangani kos peminjaman kedaulatan Sepanyol dan Italy yang meningkat.  

Merkel kelihatan dipaksa secara aib kembalikan pendirian, selepas "diserang" oleh Perancis, Italy, dan Sepanyol.  "Perikatan Latin" baru ini, tegas Liam Halligan, jelas terlibat dalam keadaan yang agak bertenaga, mengancam untuk menyekat urus janji mana-mana seluruh Eropah, kecuali Jerman, Finland, dan negara "mampu bayar zon euro" lain menjamin akses mudah untuk dana pelan penyelamat. Walau bagaimanapun, Italy, bagi Halligan, "menang pertarungan euro ini, tetapi kalah peperangan." 

Dalam sidang kemuncak itu, Monti  "memberontak"  - Italy dan Sepanyol mengalahkan Merkel. Mario berasa terlalu lega, bahkan beliau bercakap tentang bola sepak. Beliau bangga dan gembira bahaa pasukan kebangsaan Italy menewaskan Jerman dalam perlawanan separuh akhir, meskipun beliau bukannya peminat bola sepak.

Tatkala pasukan Italy bersiap sedia untuk menentang Sepanyol untuk menentukan juara Euro 2012, Perdana Menterinya, Mario Monti berkemungkinan kehilangan jawatannya.  Tidak ada pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah di Brussels yang akan bahkan   Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy yang terpaksa berhadapan dengan kehilangan, kecuali Monti, jelas The Economist.  

Monti teknokrat yang dipilih menggantikan Silvio  "Bunga Bunga" Berlusconi, melaksanakan kenaikan cukai dan pembaharuan pencen yang berani, kini berhadapan dengan kegagalan.  "Angka yang mula-mula membawa Monti berkuasa mengancam untuk menyingkirkan beliau keluar."  Bekas Perdana Menteri itu pada 22 Jun lalu mengejutkan orang ramai untuk pertama kali tentang kemungkinan beliau kembali semula. 

"Bukan sahaja tebaran bon kerajaan meningkat semula, tetapi juga kepopularan kerajaan jatuh.  Tinjauan pendapat terkini menunjukkan bahawa kurang satu pertiga rakyat Italy fikir kerajaan melakukan kerja yang bagus."

Mario Monti, pernah digambarkan oleh Time, sebagai orang yang paling penting di Eropah, tetapi kini masa depan politiknya kelihatan kabur.  Mungkin menunggu masa untuk disingkirkan.


Bagaimana pula dengan pasukan bola sepaknya? 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...