Artikel Popular

Friday, July 20, 2012

Terjahan Bertalu-talu

JUMAAT, 20 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bakal calon Presiden daripada Parti Republikan, Mitt Romney tetap enggan  mendedahkan penyata cukai pendapatannya, meskipun didesak oleh pelbagai pihak termasuk daripada partinya sendiri, dan  puak kanan atau konservatif.  Sementara kempen Obama semakin mengasak Romney supaya mendedahkan penyata cukai pendapatannya.   

Kajian menunjukkan bahawa majoriti orang mahukan beliau mendedahkan penyata cukai pendapatannya.  Menurut sumber daripada Bain Capital sendiri, seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, Romney tidak pernah fikir bahawa beliau perlu mendedahkannya.  Selain itu, Bain Capital menyediakan akaun luar pantai, iaitu di Pulau Cayman untuk pelabur kaya mengelakkan membayar cukai kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Setakat ini, beliau hanya mendedahkan penyata cukai pendapatan untuk tahun 2010, tetapi tidak sepenuhnya.  Keengganan Romney itu menimbulkan pelbagai ulasan atau andaian yang  yangmempersoalkan  ketelusan dan integriti Romney,  seperti tulisan Joshua Green, Nancy Cook, John Cassidy, Howard Kurtz,   Greg Sargent,  Frank Rich, dan Bruce Judsson;     bahkan membawa kepada permainan "mata-mata gelap."

Conor Friedersdorf yang menulis dalam The Atlantic mengemukakan 10 andaian penting mengapa Romney menyembunyikan penyata cukai pendapatannya.  Namun, soalan yang banyak dikemukakan oleh TJ Walker yang menulis dalam Forbes, iaitu 35 soalan yang Mitt Romney perlu jawab tentang Bain Capital sebelum isu ini reda.  

Pastinya, semua soalan ini tidak mudah untuk dijawab kerana Romney didapati begitu takut untuk bercakap apakah yang beliau lakukan di firma itu.  Selain itu, setelah diserang bertalu-talu oleh kempen Obama, Romney yang kelihatan terhuyung-hayang mendesak Obama meminta maaf - desakan yang menjadi   kritikan - sesuatu yang tidak sepatutnya datang daripada seorang bakal Presiden Amerika Syarikat.

Meskipun Mitt Romney diasak dari segenap penjuru, menurut tinjauan pendapat, persaingan adalah rapat, dan bahkan kemungkinan beliau mendahului Presiden Barack Obama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...