Artikel Popular

Wednesday, July 18, 2012

Wanita Juga Gelenyar!

RABU, 18 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




"Bab gelenyar" dan "makan luar" lazimnya dikaitkan dengan orang lelaki.  Mungkin kerana mereka gemar mewar-warkan dan bermegah-megah  dengan fiil mereka itu.  Sebaliknya, wanita, kalaupun mereka  melakukan perbuatan itu, mereka tidak hebohkan, "pandai makan pandai simpan." Hanya kadangkala "malam tak berbau," - rahsia mereka akhirnya terbongkar.

Wanita juga mempunyai hubungan sulit. Seperti yang dibincangkan oleh Samantha Parent  Walravens dalam The Huffington Post, dalam usia 40-an mempunyai seks yang hebat, hanya bukan dengan suami mereka. 

Walaupun skandal profil tinggi lazimnya melibatkan  lelaki yang menipu, kajian yang dijalankan oleh Indiana University mendapati bahawa wanita sekarang menipu "sama naik" dengan lelaki, dan bahawa bilangan wanita yang tidak boleh dipercayai semakin meningkat.  Kajian itu menunjukkan bahawa 19 peratus  wanita yang berkahwin dan 23 peratus lelaki yang berkahwin  
dilaporkan menipu, statistik yang menunjukkan jurang penipuan mengikut gender semakin rapat.  Satu lagi fakta yang menarik yang ditunjukkan oleh kajian itu, wanita yang terlalu lazim mempunyai hubungan sulit ialah yang berumur 45 tahun, manakala untuk lelaki, yang berumur 55 tahun.

Meskipun wujud pelbagai faktor yang menyumbang pasangan curang,  menurut Samantha, wujud 10 alasan utama wanita berusia 40-an menipu: keyakinan yang lebih tinggi, zaman ibu telah berlalu, anjakan hormon, kebosanan bilik tidur, rasa terabai/tidak dihargai, berdegar-degar harga diri, kesulitan kewangan, membiarkan naluri membara keluar (letting the bad girl out), dan strategi keluar.

Pokok pangkalnya, tegas Samantha, bilangan wanita yang curang meningkat!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...