Artikel Popular

Monday, July 23, 2012

Elit Global Sembunyi Kekayaan di Laut

ISNIN, 23 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bakal calon Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney, selain  terlibat dalam penyumberluaran, dan gagal menangangi penyata cukai, beliau juga dikatakan terlibat dalam aktiviti  luar pesisir untuk mengelakkan cukai.  

Pastinya, penglibatan beliau dalam aktiviti luar pesisir itu tidak memeranjatkan kerana golongan elit super kaya di dunia mengeksploitasikan jurang dalam peraturan cukai merentas sempadan untuk menyembunyikan jumlah luar biasa, iaitu 13 trilion paun  (AS$21) trilion kekayaan luar pesisir, menurut penyelidikan yang dipertanggungjawab oleh kumpulan kempen Tax Justice Network, yang diterbitkan secara eksklusif oleh The Observer.  Jumlah tersebut adalah sebanyak  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dua buah negara, iaitu Amerika Syarikat dan Jepun.  

James Henry, bekas ketua ahli ekonomi di McKinsey dan pakar tentang  tempat berlindung cukai, menyusun anggaran paling terperinci saiz ekonomi luar pesisir dalam laporan baru, The Price of Offshore Revisited

Beliau menunjukkan bahawa sekurang-kurang 13 trilion paun (AS$21 trilion), mungkin mencecah 20 trilion paun (AS$32 trilion),  mengalir ke negara yang perundangannya rahsia, seperti Switzerland dan Kepulauan Cayman, dengan bantuan bank swasta.  Menurut penyelidikan Henry, 10 buah bank swasta teratas, yang termasuk UBS dan Credit Suisse di Switzerland, di samping bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sachs, mengurus lebih 4 trilion paun pada tahun 2010, kenaikan ketera daripada 1.5 trilion paun pada lima tahun sebelum ini.

Kajian itu menganggarkan antara AS$7.3 trilion  hingga AS$9.3 trilion  kekayaan luar pesisir rahsia dipegang oleh pemastautin negara dunia membangun, berlipat ganda daripada jumlah hutang luaran mereka yang bernilai 4 trilion paun. Dalam kalangan 20 buah negara dengan stok modal luar pesisir yang dianggarkan, Malaysia turut tergolong bersama-sama Indonesia (rujuk peta). Menurut kajian itu lagi, golongan elit negara Afrika Sub-Sahara banyak mengumpulkan kekayaan luar pesisir rahsia.




Dalam mengulas kajian itu, Heather Stewart menegaskan bahawa kekayaan tidak wujud lelehan, sebaliknya membanjiri luar pesisir.  Memetik analisis Henry, 10 juta orang di seluruh dunia memiliki luar pesisir aset, tetapi hampir separuh anggaran minimum AS$21 trilion, AS$9.8 trilion dimiliki hanya 92,000 orang.  Dan tidak termasuk aset bukan kewangan,  seperti lukisan, kapal  layar, rumah agam di Kensington.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...