Artikel Popular

Tuesday, July 3, 2012

Remaja Guna Internet untuk Dedah

SELASA, 3 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kebanyakan orang muda Amerika memberitahu bahawa Internet membentuk siapakah mereka,  berdasarkan kajian terbaharu The Atlantic dan The Aspen Institute yang dijalankan oleh Penn Shoen Berland and Associates.  Sementara laporan baru Pew Internet Poject mendedahkan 93 peratus remaja yang berumur antara 12 tahun hingga 17 tahun menggunakan dalam talian, sebagaimana 93 peratus golongan remaja dewasa yang berumur 18-29 tahun.  

Satu kajian lain yang dipetik oleh Bloomberg dan The Washington Post,  menunjukkan bahawa satu perempat remaja Amerika menghantar gambar bogel mereka menerusi elektronik, dan mereka yang terlibat dalam sexting adalah hampir dua kali ganda. 

Kira-kira separuh daripada hampir 1000 orang pelajar yang berumur 14-19 tahun dari sekolah awam tinggi di Texas memberitahu bahawa mereka diminta menghantar foto bogel secara elektronik, menurut kajian yang diterbitkan oleh Archives of Pediatric and Adolescent Medicine.  Satu pertiga lagi meminta remaja lain menghantar gambar bogel mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa 28 peratus remaja yang bertukar mesej bogel besar kemungkinan  mengadakan hubungan seks.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...