Artikel Popular

Friday, July 13, 2012

Runtuhnya Sebuah Peradaban

JUMAAT, 13 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kira-kira seminggu lalu, Max Fisher menulis dalam The Atlantic tentang kemungkinan tapak warisan dunia yang berusia 600 tahun akan runtuh pada bulan Ogos ini.  Dalam makalah pendek itu beliau mendedahkan bahawa puak pelampau menawan kota Afrika Barat, iaitu Timbuktu,  secara sistematik memusnahkan monumennya. 

Timbuktu pernah menjadi sebuah terkaya di Afrika dan paling penting, hubungan perniagaan merentas Sahara dan pusat pembelajaran agama dan saintifik pada tahun 1400-an dahulu. Peninggalan sejarah itu masih wujud dalam bentuk tapak warisan dunia tersebut, seperti Universiti Sankore.  Baru-baru ini, jelas Fisher,  kota ini menjadi daya tarikan pelancongan.  "Akan tetapi, pada 2 April,  kota itu di bawah pemilikan baru, iaitu pemberontak daripada minoriti etnik yang dikenali sebagai Tuareg, yang berjuang menuntut kemerdekaan sejak bertahun-tahun." Lima hari kemudian mereka memperolehnya, mengisytiharkan Mali utara sebagai negara merdeka Azawad.  Kemudian, pada 1 Jun, pemberontak ini memisahkan diri mereka daripad kumpulan Islam pelampau, Ansar Dine (Pembela Kepercayaan) mengawal Timbuktu."

Dalam bulan pertama pemerintahan mereka, menurut Fisher, Ansar Dine, menutup industri pelancongan atas alasan, "Kami menentang pelancongan," mengusir penduduk tempatan lari, dan dalam masa empat hari lalu, memusnahkan separuh tempat suci yang menandakan sejarah purba Timbuktu  dan yang menakjubkan.  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk pemusnahan itu dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (PBB) menyatakan tindakan itu merupakan jenayah perang, tetapi Ansar Dine menegaskan mereka tidak akan berganjak, kemudian merobohkan pintu Gothik yang indah dari masjid Sidi Yahya yang pernah menjadi sebuah pusat pembelajaran agung di dunia pada tahun 1400-an.

Timbuktu yang diancam keruntuhan dan kemusnahan mendapat perhatian media arus perdana dunia, bahkan Foreign Policy yang muncul dengan "kota yang hilang" yang ditulis oleh Peter Chilson, yang memetik kata-kata yang menjahanamkan daripada Rene Cailli hampir dua tahun lalu yang ditulis dalam memoirnya: di mata dunia Barat, Timbuktu ialah kota yang sudah lama merosot.  Chilson menulis makalah berdasarkan pengalaman beliau di kota itu, sebuah tempat yang terasing, tetapi menakjubkan,  mempunyai gemilangan masa lalu, dan kini kegemilangan itu ditawan oleh puak pelampau.  Pada tahun 1988, Unesco memasukkan tiga buah masjid dan 16 buah makam di Tambuktu ke dalam senarai warisan Duninya, menjadikan kota itu daya tarikan pelancongan, tetapi kini jatuh ke dalam tangan yang silap.

Sementara The Economist mendakwa puak pelampau yang mengancam wilayah itu dan warisan Afrika purba. Mereka mungkin mahu dunia tahu bahawa Timbuktu kini milik mereka, dan tidak seorang pun dapat menghalang mereka. Time pula melalui tulisan Julius Cavendish, memberikan tumpuan pada pemimpin puak berkenaan, iaitu Omar Hamaha, yang menjadi jaguh pemusnahan beberapa buah makan Islam yang Unesco isytiharkan bersejarah.  Omar dipetik sebagai berkata, pemusnahan itu wajar atas alasan bahawa "mereka yang percaya" terhadap penghormatan tempat suci tersebut "adalah dirasuk oleh Iblis."

Pergolakan di Mali sekarang, menurut Benjamin F. Soares, boleh mengancam seluruh wilayah itu.  Meskipun perbelanjaan yang besar dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk melawan keganasan di wilayah itu, Mali adalah sekadar pinggiran dalam dasar luar Amerika.  Satu kesilapan Amerika dan Eropah jika membiarkan Mali kerana ini memberi peluang kepada puak Islam untuk membina kekuatan mereka.  Soares menjelaskan keruntuhan  Muammar Gaddafi di Libya mempunyai kesan serius  terhadap Mali.  Banyak anggota etnik Tuareg yang tinggal lama di Libya, pulang ke kampung halaman mereka dengan membawa senjata yang diambil daripada gedung senjata Gaddafi.  

Beliau juga menjelaskan bahawa mengingkari Barat dan banyak orang Islam tempatan, puak Islamis di Mali utara melarang orang ramai daripada beribadat di  makam dan menegakkan struktur pada kubur.  Meskipun kedua-dua amalan itu tersebar luas di seluruh dunia Islam, puak pelampau agama menganggap perbuatan itu bercanggah dengan Islam dan berusaha untuk menghapuskannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...