Artikel Popular

Tuesday, July 3, 2012

Pengutip Sampah dan Petunjuk Ekonomi

SELASA, 3 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Mungkin sesetengah kita pernah melihat orang menggeledah tong sampah di hadapan  rumah kita untuk mencari tin minuman, bekas plastik, dan sebagainya yang akan dikumpulkan dan dijual.  Kita juga selalu terserempak dengan basikal sorong, basikal roda tiga, dan motosikal roda tingga yang sarat dengan sampah.  Untuk menilai  kemampuan sesebuah kerajaan mentadbir, kecekapannya mengutip sampah dijadikan ukuran.

Di Greece yang mengalami krisis hutang, manakala   krisis politik belum reda, pengutip sampah berkeliaran di Athens. Dianggarkan 80,000 warga Athens, menurut Jennifer Hattam yang menulis dalam The Atlantic City, mengutip dan memproses cebisan dalam ekonomi tak formal kota itu. 

Kini, dalam tahun kelima berturut-turut Greece mengalami kemelesetan, kehidupan pengutip sampah di Athens tidak lagi kelihatan berbeza dengan mereka yang mendiami tempat lain di negera itu.  Hampir 1.1 juta rakyat Greece tanpa pekerjaan, kebanyakannya di Athens dan kawasan bandar lain.  Tiga puluh peratus kedai di kota itu ditutup, jenayah terus meningkat, tiada tempat bertuduh yang pernah tidak wujud, kini kelihatan lazim di jalan-jalan di kota itu.

Untuk mengukur buruk baiknya keadaan ekonomi, seseorang tidak perlu menunggu data rasmi kerajaan atau organisasi lain.  Memadai memerhatikan keadaan di pusat beli-belah: lengang atau sesak dengan manusia, kedai-kedai dibuka atau ditutup; dibuka lewat, tutup awal.  Atau memerhatikan keadaan di jalan raya, sesak atau sebaliknya.  Juga memerhatikan banyak atau sedikitnya lori yang mengangkut barang di lebuh raya.

Kisah pengutip sampah di Athens mencerminkan keperitan hidup warga  kota itu dan penduduk   Greece.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...