Artikel Popular

Sunday, July 1, 2012

Belajar Mandarin!

AHAD, 1 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jangan keliru! Bukan belajar bahasa Inggeris, ya! Dan laporan yang sama sekali tidak mengejutkan    datangnya daripada media arus perdana dunia tentang rakyat Amerika berlumba-lumba belajar bahasa Mandarin.  

R.L.G. menulis dalam The Economist bahawa kanak-kanak Amerika mengikuti program Mandarin sejak tadika. Program Mandarin adalah bertutur secara ketat selepas sekolah, secara sukarela, tetapi semua anak-anak pergi belajar selepas  sekolah dan belajar bahasa itu untuk 2.5 jam sehari. 

Dalam tulisannya itu, R.L.G. memetik makalah dalam The Wall Street Journal tentang ibu bapa Amerika pergi ke Asia demi membolehkan anak-anak mereka belajar Mandarin kerana mereka menyedari bahawa bertutur dalam bahasa itu adalah penting.  Dengan peningkatan pengaruh global China, ibu bapa berkenaan mahu anak-anak mereka mampu berkomunikasi secara fasih dengan 1.3 bilion penduduk China.  Fenomena ini sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1980-an apabila ekonomi Jepun melambung dan berlaku keghairahan untuk belajar bahasa Jepun.

Akan tetapi, kali ini, jelas akhbar itu, kelas selepas sekolah tidak cukup bagi sesetengah orang.  Keluarga memasuki anak-anak mereka dalam program keasyikan Mandarin yang tumbuh dengan cepat dari California ke Maine.  Mereka mengupah tutur, Skyping dengan guru di Beijing dan mengambil pengasuh kanak-kanak yang bertutur dalam bahasa Cina.  Sesetengah keluarga menyimpan bilik mainan mereka dengan video Disney dalam bahasa Mandarin, tidak perlu dinyatakan Iphone apps yang bertujuan melahirkan kanak-kanak sebagai penutur Mandarin. 

Selain di China, negara yang menjadi pilihan ibu bapa Amerika untuk anak-anak mereka belajar  Mandarin ialah Singapura. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...