Artikel Popular

Thursday, July 19, 2012

Rakyat Malaysia Malas?

KHAMIS, 19 Julai 2012
Oleh:   ZULIKIFLI  SALLEH




Dari segi aktiviti fizikal, menurut kajian The Lancet, yang dipetik oleh The Guardian,   rakyat Malaysia boleh dianggap malas, iaitu 61.4 peratus; dari segi jantina, wanita  (65.6 peratus) lebih malas jika dibandingkan dengan lelaki (57.3 peratus). Kadar yang tertinggi untuk wilayah Asia Tenggara.  Anehnya,  Malaysia dimasukkan dalam wilayah Afrika.   Pembahagian wilayah jelas bercelaru, misalnya beberapa negara yang dimasukkan dalam wilayah ini, seperti Bangladesh, India, Maldives, Nepal, dan Sri Lanka.

Negara yang rakyatnya paling malas menjalankan aktiviti ialah Malta, iaitu  71.9 peratus, diikuti oleh Swaziland 69 peratus, Arab Saudi 68.8 peratus, Serbia dan Argentina, masing-masing 68.3  peratus.  Sebaliknya, Bangladesh hanya lima peratu orang dewasa tidak cukup senaman. 


Kajian itu turut dipetik oleh carta harian The Economist,  melibatkan 122 buah negara yang didiami oleh 89 peratus penduduk dunia, mendapati 31 peratus orang dewasa tidak cukup aktiviti fizikal, ditakrifkan sebagai 30 minit bersenam sederhana lima hari seminggu, atau 20 minit bersenam keras tiga hari seminggu, atau kombinasi kedua-duanya.  Wanita cenderung kurang bersenam, iaitu 34 peratus tidak aktif berbanding dengan 28 peratus lelaki. Carta harian itu juga memetik sumber lain daripada The Lancet yang menunjukkan aktiviti yang tidak cukup membawa kesan yang hampir sama dengan merokok, terhadap jangkaan hayat.  


Peta negara yang rakyatnya paling malas di dunia, juga dipetik oleh Derek Thompson dalam The Atlantic yang berasa gembira bahawa negaranya, Amerika Syarikat tidak tergolong dalam kalangan negara berkenaan, di samping menyampaikan tahniah kepada wanita Malta yang merupakan golongan yangpaling malas bersenam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...