Artikel Popular

Tuesday, July 17, 2012

"Bunga Bunga" Kembang Semula?

SELASA, 17 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Beberapa hari ini, Silvio  "Bunga Bunga"  Berlusconi menjadi tumpuan semula kerana beliau membayangkan  bahawa beliau akan kembali berkecimpung dalam politik, seperti yang dilaporkan oleh Time, The Guardian, The Independent,   The Telegraph,  dan The Huffington  Post.  Berlusconi dipaksa meletakkan jawatan Perdana Menteri pada November tahun lalu di tengah-tengah krisis ekonomi  melanda Italy, dan digantikan oleh teknokrat, Mario Monti. 

Namun,  bulan demi bulan berlalu, Monti yang pernah dinobatkan oleh Time sebagai orang penting Eropah, orang yang menyelamatkan benua itu daripada krisis hutang yang berpanjangan, nyata gagal menyelamatkan negaranya sendiri.  Monti  yang kecewa itu dilaporkan akan meletakkan jawatan pada tahun depan. Pada akhir bulan lalu, The Economist mendedahkan bahawa Mario Monti terpaksa bertarung dengn kelangsungannya.  Ketika itu juga, Barbie Latza Nadeau yang menulis dalam The Daily Beast, bahawa kemungkinan kepulangan semula Berlusconi ke dalam dunia politik Italy.

Hartawan media itu menjadi sasaran tuduhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini menghadapi tuduhan membayar untuk mengadakan hubungan seks dengan penari gelek, Karima el Mahroug yang ketika itu berusia 17 tahun ketika parti "bunga bunga" yang terkenal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...