Artikel Popular

Wednesday, July 4, 2012

Tahun dalam Tanpa Kebebasan: Malaysia Bebas Sebahagian

KHAMIS, 5 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Lebih 1.6 bilion orang atau 23 peratus penduduk dunia, tidak boleh menyuarakan bagaimana mereka diperintah dan terpaksa menanggung akibat yang teruk jika mereka cuba menggunakan hak mereka yang paling asas. Ulas Foreign Policy dengan  memetik laporan Worst of the Worst tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Freedom House.  

"Ini termasuk melahirkan pandangan, berkumpul secara aman, dan mengatur secara bebas negara.  Yang menyedihkan majoriti rejim autokratik ini berkubu, bertahan lama secara purata selama 37 tahun setengah tanpa mana-mana perpindahan kuasa antara parti politik atau kuasa yang bersaing Pada 4 Julai, perhatikan negara dengan sedikit kebebasan untuk diraikan."  

Untuk  masyarakat paling tertindas di dunia, wujud 15 buah negara yang tidak kebebasan, iaitu Arab Saudi, Belarus,  Chad, China,   Cuba, Equatorial Guine, Eritrea, Korea Utara, Laos, Libya, Myanmar, Somalia, Sudan, Syria, Turkmenistan, dan Uzbekistan; dan tiga wilayah yang berkaitan dan dipertikaikan, iaitu Ossetia Selatan, Sahara Barat, dan Tibet.


Kebebasan di dunia pada tahun 2012 menunjukkan bahawa selain Laos dan Myanmar  adanya negara  di Asia Tenggara yang tidak bebas, iaitu Brunei, Kemboja, dan Vietnam.  Sementara Malaysia bersama-sama Filipina, Singapura, Thailand, dan Timor-Laste (Timur Timor) bebas sebahagian.  Memeranjatkan bahawa Indonesia - satu-satunya negara di rantau ini yang bebas.


Kajian ini meneliti hak politik dan kebebasan awam di 195 buah negara dan 14 buah wilayah, dengan memberikan kadar pada skala satu hingga tujuh untuk kedua-duanya, iaitu hak politik dan kebebasan awam.  Satu mewakili paling bebas dan tujuh kurang bebas, dan menggunakan purata untuk dua pengkadaran itu untuk setiap negara dan wilayah yang diberikan status Bebas (1.0 hingga 2.5), Bebas Sebahagian (.3.0 hingga 5.0), atau Tidak Bebas (5.5 hingga 7.0). Proses pengkadaran berdasarkan senarai semak 10 soalan hak politik dan 15 soalan kebebasan awam.


Senarai semak hak politik terdiri daripada tiga kategori, iaitu proses pilihan raya, pluralisme politik dan penyertaan, dan kefungsian kerajaan.  Sementara senarai semak kebebasan awam terdiri daripada empat kategori, iaitu kebebasan pernyataan dan kepercayaan, hak berpesatuan dan berorganisasi, kedaulatan undang-undang, dan autonomi peribadi dan hak individu. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...