Artikel Popular

Tuesday, July 17, 2012

Jenayah dan Perniagaan Rentas Sempadan

SELASA, 17 Julai 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Dadah, penyeludupan manusia, dan pelacuran adalah antara jenayah  yang menghasilkan pulangan yang lumayan.  Seperti yang dilaporkan oleh The Telegraph pada April lalu, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), "jenayah merupakan satu ekonomi 20 teratas di dunia, menghasilkan kira-kira AS$2.1 trilion di peringkat global setahun," atau 3.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Dunia.  Masalah ini, semakin membesar.

Setiap tahun di negara membangun, kehilangan  mencecah AS$40 bilion menerusi rasuah dan pendapatan haram daripada penyeludupan manusia berjumlah hingga AS$32 bilion setiap tahun.

Sementara jenayah tersusun merentas sempadan, seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, menghasilkan pendapatan kira-kira AS$870 bilion setahun, lebih enam kali jumlah bantuan pembangunan rasmi, dan menghentikan "ancaman terhadap keamanan ini" merupakan cabaran global yang paling besar.  Perniagaan yang paling menguntungkan untuk penjenayah kilah penyeludupan dadah dan perbuatan melancung (counterfeiting).  Jumlah yang dihasilkan daripada jenayah tersusun itu menyamai 1.5 KDNK dunia. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...