Artikel Popular

Sunday, July 1, 2012

Pungutan Suara untuk Kesatuan Eropah?

AHAD, 1 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tatkala krisis zon euro terus memuncak, Charles A. Kupchan menulis dalam The Washington Post, membayangkan krisis yang lebih teruk akan berlaku.  Tegas beliau, euro dapat diselamatkan, bagaimana pula Kesatuan Eropah?

Kira-kira sebulan kemudian, Perdana Menteri British David Cameron dipetik sebagai berkata bahawa beliau mungkin mengadakan pungutan suara atau referendum berkait dengan hubungan Britain  dengan Kesatuan Eropah jika negaranya diancam oleh kehilangan kedaulatan seterusnya kepada Brussel. Beliau menegaskan, "Bagi saya, dua perkataan, iaitu 'Eropah' dan 'pungutan suara' boleh bergerak bersama-sama."

Cameron terpaksa membuat kenyataan itu kerana Liam Fox, bekas Setiausaha Pertahanan, bersedia untuk mendesak agar diadakan rundingan semula yang segera tentang hubungan Britain dengan Kesatuan Eropah.  Jika negara anggota lain gagal menyokong penyelesaian ini, Fox percaya bahawa sepatutnya diadakan pungutan suara dengan kerajaan mencadangkan penarikan  United Kingdom daripada Kesatuan Eropah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...