Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dalam politik, boleh dikatakan segala-galanya menjadi isu yang dapat dipermodalkan, sama ada oleh ahli politik berkenaan ataupun pihak lawan. Contohnya di Malaysia, Najib Razak dengan "kabinet dapur" yang membesar, Anwar Ibrahim dengan "masalah peribadi," dan Nik Aziz Nik Mat dengan "serabut perut." Di Amerika Syarikat yang akan menghadapi Pilihan Raya Presiden pada November, bermacam-macam cerita keluar tentang dua calon yang akan bertanding: Mitt Romney dengan "kerahsiaan," manakala Presiden Barack Obama, sebelum diungkit berterusan oleh pihak lawan, akhirnya mengakui "kesilapan besarnya," - sekadar menyatakan beberapa contoh.
Diringkas cerita, elok kita beralih ke Afrika Selatan, negara yang presidennya, Jacob Zuma, yang mempunyai empat orang isteri, berkahwin dengan isteri keenam pada April lalu. Kemaluan Presiden Afrika Selatan itu, menurut Max Fisher yang menulis dalam The Atlantic, mendapat perhatian yang meluas sejak akhir-akhir ini. Sebulan selepas beliau berkahwin galeri seni Johannesburg mempamerkan gabar lukisan akrilik merah dan hitam Zuma, dengan gaya terkenal Vladimir Lenin yang menarik, dengan kemaluannya terjulur dari seluarnya. Lukisan itu mencetuskan kontroversi nasional: Parti Zuma menyaman supaya lukisan itu dikeluarkan, pelaku musnah menyimbah lukisan itu dengan cat, dan pembantah berarak.
Afrika Selatan kini, jelas Fisher, berhadapan dengan satu lagi isu, jika lebih keras, versi kontroversi yang sama, kali ini berhubung dengan karya kartunis politik Afrika Selatan yang terkenal, iaitu Jonathan Shapiro, yang juga dikenali sebagai Zapiro. Kartun terbaharu beliau menggambarkan Zuma sebagai zakar yang besar, berjalan, memandang dengan tidak menyukai bayangnya dalam cermin yang tergantung pada dinding yang sama seperti di galeri seni Johannesburg itu. Kerajaan Afrika Selatan menggesa kartun ditarik balik.
No comments:
Post a Comment