Artikel Popular

Wednesday, July 18, 2012

IMF: Unjuran Pertumbuhan Global

RABU, 18 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Carta harian The Economist menerbitkan unjuran baru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tentang pertumbuhan ekonomi dunia.  IMF menjangkakan pertumbuhan global ialah 3.5 peratus pada tahun 2012 dan 3.9 peratus pada tahun 2013. 



Untuk melihat sejauh manakah ketepatan unjuran itu dan berapa banyak perhatian yang patut diberikan, The Economist mencungkil unjuran IMF dari segi sejarah sejak April 1999 dan membandingkannya dengan angka sebenar.  Secara purata, selama 12 tahun yang dalam tempoh itu data wujud, IMF menganggar kurang pertumbuhan sebanyak 0.3 titk peratusan dalam tahun unjuran terdekat, tetapi menganggar lebih pertumbuhan dalam tahun unjuran berikutnya sebanyak 0.2 titik peratusan (ralat mutlak purata adalah yang terbesar masing-masing pada 0.6 dan 1.4 titik peratusan).  

Dalam unjuran terbaharu itu, IMF menegaskan pertumbuhan ekonomi global banyak bergantung pada Amerika Syarikat dan Eropah.  Jika demikian, tidak banyak harapan yang dapat diberikan:  Amerika Syarikat mungkin terjebak dalam "fiscal cliff," manakala    krisis euro menurut Ketua Bank Pelaburan Eropah (EIB), tidak menjangkakan bahawa krisis euro berakhir dalam masa tahun akan datang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...