Artikel Popular

Monday, July 23, 2012

Cuaca Menentukan "Kegalakan"?

SELASA, 24 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bagi penduduk yang tinggal di kawasan iklim panas, seperti Malaysia, lazimnya mereka memerlukan cuaca sejuk untuk mewujudkan suasana romantik. Maka, destinasi yang terkenal ialah Cameron Highlands.  

Bagaimana pula penduduk di kawasan iklim  sejuk?  Mungkin sebaliknya. Pada awal bulan ini, Amerika dilanda gelombang haba yang luar biasa yang menyebabkan sekurang-kurangnya 42 orang meninggal dunia.  J.  Bryan Lowder yang menulis dalam Slate, mencetuskan polemik:  Adakah orang ramai kerap bersetubuh dalam cuaca panas?  Adakah cuaca tinggi benar-benar menyumbang kepada peningkatan aktiviti seksual?

Bergantung. Jawapan yang Lowder berikan.  Ukuran yang paling konkrit tentang aktiviti seksual ialah pola bermusim kadar kelahiran.  Seperti yang dapat dilihat, bilangannya bergantung pada di manakah dunia yang anda tinggal.  Beliau memetik sorotan kepustakaan bahawa di selatan dan iklim tropika, kelahiran cenderung merosot pada musim bunga, menunjukkan bahawa perjaninan kurang lazim ketika musim panas sebelumnya.  Para penyelidik menganjurkan bahawa kemerosotan kualiti sperma ketika musim panas yang hangat mungkin menekan proses kesuburan. 

Walau bagaimanapun, penyelidikan lain, menurut beliau, menunjukkan pengurangan tahap testosteron, dan dengan itu, keinginan seksual dalam kalangan lelaki ketika tempoh yang sama.  Orang yang tinggal di utara yang cuaca lebih sejuk menunjukkan pola yang berbeza, dengan kadar kelahiran puncak ketika musim bunga, iaitu sembilan bulan selepas musim panas. 

Lowder juga memetik kajian pembuat kondom bahawa responden yang tinggal di kawasan yang sangat panas, seperti Miami, menyatakan mereka mengadakan lebih banyak persetubuhan secara purata jika dibandingkan dengan responden yang tinggal di kawasan, seperti Minneapolis dan Seattle.  Namun, bahkan orang Miami menolak usul tentang hari sangat panas, menurut kajian itu, 35 peratus orang Amerika berkata tidak untuk persetubuhan kerana cuaca panas.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...