Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sementara sebelah menyebelah Atlantik masih terpasung dalam krisis ekonomi, pastinya perhatian tertumpu pada ekonomi sedang muncul yang pada amnya, masih mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dengan Eropah dan Amerika Syarikat.
Namun, seperti yang ditunjukkan oleh carta harian The Economist, negara yang dikategorikan sebagai ekonomi sedang muncul itu mula mengalami pertumbuhan yang perlahan. China diperhatikan sukar untuk mencatatkan pertumbuhan pesat lapan peratus. India yang pernah mencatatkan pertumbuhan digit berganda, kini bergelut dengan inflasi digit berganda. Hanya 15 bulan lalu, IMF meramalkan ekonomi Brazil tumbuh empat peratus pada tahun ini, tetapi dalam ramalannya minggu lalu, negara itu hanya mencatatkan pertumbuhan 2.5 peratus. Pada tahun ini, unjuran untuk Afrika Selatan diturunkan daripada 3.8 peratus kepada 2.6 peratus.
No comments:
Post a Comment