Artikel Popular

Wednesday, July 18, 2012

Asia Tenggara Bangkit daripada Krisis

RABU, 18 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ada kalanya seseorang itu perlu mengharungi krisis untuk bangkit semula; demikian juga organisasi dan negara. Bahkan, kapitalisme yang kini dalam krisis dikatakan memerlukan krisis untuk bangkit dan membina semula kekuatannya.  Hanya, yang tidak dapat dipastikan, sama ada kapitalisme dapat bangkit daripada krisis yang berlaku sekarang.  Hal ini demikian kerana 10 buah negara, menurut kajian Pew Research Center, hilang kepercayaan terhadap kapitalisme.

Pada tahun 1997-1998, Asia dilanda krisis kewangan, yang sebahagiannya melibatkan negara Asia Tenggara, seperti Thailand, Malaysia, dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, 15 tahun kemudian, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, indeks tanda aras di Filipina, Malaysia, Thailand, dan Singapura menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dalam kalangan kebanyakan pasaran Asia-Pasifik, dengan nilai pasaran lebih AS$100 bilion dalam masa tiga tahun berakhir pada 17 Julai. Kelima-lima indeks itu mengatasi indeks pasaran maju mengikut pulangan terlaras risiko, dan empat daripadanya muncul tertinggi sepanjang lima tahun, iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Filipina.  Malaysia mencatatkan naik turun yang rendah dan Filipina mengalami ayunan harga terendah keempat. 

Kerajaan Asia Tenggara, menurut Bloomberg lagi, menggalakkan perbelanjaan terhadap infrastruktur dan meningkatkan usaha untuk menggalakkan penggunaan domestik dalam usaha untuk mengurangkan pergantungan ekonomi mereka pada eksport.  Langkah itu membantu melindungi negara berkenaan daripada krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi global, yang mencetuskan naik turun dalam pasaran utara Asia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...