Artikel Popular

Tuesday, July 24, 2012

Ketagihan Internet

SELASA, 24 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pada awal tahun 2000-an, ketika banyak orang mula berpaut rapat pada Internet, maka dikatakan kesannya ialah orang kurang membaca buku kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari Internet,  di samping menghantar atau membaca khidmat pesanan ringkas (sms). Ketagihan  Internet juga dikatakan menyebabkan generasi muda kurang merokok. 

Kini, adanya media sosial, seperti Facebook dan Twitter, pastinya ketagihan Internet semakin menjadi-jadi.  Bahkan, seperti yang dibahaskan oleh Linda Grant dalam The Guardian, penggunaan Twitter dan semakin banyak teks, kemungkinannya telefon tidak digunakan lagi, menjadi teknologi warisan.  

Adakah Internet menjadikan kita gila?  Demikian rencana utama Newsweek baru-baru ini, yang muncul dengan tulisan Tony Dokoupil:  Ciak, teks, e-mel, pos.  Penyelidikan baru mendapati Internet menjadikan kita kesepian dan murung, dan bahkan mungkin mewujudkan bentuk ekstrem penyakit mental.   Soalan yang hampir sama dengan kemukakan oleh Stephen Marchie sebelum ini,  "adakah Facebook menjadikan kita kesepian?"

Bill Davidow yang menulis dalam The Atlantic cuba mengekspolitasikan neurosains ketagihan Internet. Dengan neurosains, kita mula memahami bahawa mencapai matlamat atau menjangkakan ganjaran kandungan baru untuk melengkapkan tugas.  "Pelepasan bentuk dopamina," jelas Davidow, ialah asas untuk ketagihan nikotin, kokain, dan perjudian.  Penyedutan nikotin mencetuskan pelepasan dopamina kecil, dan penghisap dengan pantas menjadi ketagihan. Kokain dan heroin mewujudkan goncangan dopamina yang lebih besar, dan bahkan lebih memusnahkan."  

Banyak syarikat  Internet, tegas Davidow, belajar apa yang industri tembakau diketahui sejak sekian lama, iaitu ketagihan adalah baik untuk perniagaan.  Wujud sedikit keraguan bahawa dengan menerapkan teknik neurosains semasa kita akan mampu mewujudkan obsesi yang lebih menambah minat dalam dunia maya.

Walau bagaimanapun, Davidow mengakui tidak ada penyelesaian mudah terhadap masalah ini. Beliau hanya berkongsi pengalamannya sendiri, iaitu mewujukan tembok fizikal di sekeliling persekitaran mayanya.  "Saya membaca buku dan akhbar di mana-mana di rumah saya pada iPad saya, tetapi saya menjawab e-mel saya hanya di pejabat saya.  Apabila saya bercakap dengan isteri saya, mendengar perbincangan anak perempuan saya tentang cabaran mereka hadapi dalam membesarkan anak-anak mereka, atau bermain dan ketawa dengan cucu lelaki saya, saya  bukan sahaja menutup iPhone saya, bahkan saya meletaknya jauh-jauh."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...