Artikel Popular

Sunday, July 22, 2012

Kegembiraan Dapat Diukur?

ISNIN,  23 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sejak World Happiness Report diterbitkan beberapa bulan lalu, perdebatan atau perbincangan tentang kesejahteraan sesebuah negara masih berlanjutan hingga kini.  Seolah-olahnya membayangkan bahawa kesejahteraan akan menggantikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  

Adakah kegembiraan dapat diukur? Demikian perdebatan antara ahli ekonomi Richard Layard yang memperjuangkan indeks kesejahteraan negara yang baru untuk kerajaan dengan ahli falsafah Julian Baggini yang berpendapat usaha untuk mengukur kegembiraan ialah totalitarian.  Dalam debat yang diterbitkan dalam The Guardian itu, Layard berhujah adalah untuk melihat siapa yang gembira, siapa yang sengsara, dan kemudian melihat  dasar kerajaan menjadikan apa-apa perbezaan.  Sebaliknya, Baggini yang berhujah dari segi saintifik meragui indeks kesejahteraan negara.

Bagi Layard, beliau percaya bahawa keadaan terbaik masyarakat ialah wujud golongan yang paling gembira dan golongan yang kurang sengsara.  Pada masa 30 atau 40 tahun lalu, orang berkata kemurungan tidak dapat diukur, tetapi akhirnya ukuran kemurungan tidak lagi kontroversi.  Justeru, tegas beliau, demikian juga dengan kegembiraan.  "Biarpun pada tahap awal, saya tidak lihat bagaimana anda boleh berhujah  ini bukan projek saintifik.

Jika akhirnya dapat diukur secara saintifik, adakah kegembiraan negara  menggantikan keluaran negara?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...