Artikel Popular

Friday, July 27, 2012

Pejabat Pos dan Perpustakaan Awam Akan Lenyap?

JUMAAT, 27 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sukar untuk dibayangkan bagaimana organisasi yang merupakan sebahagian budaya kita sedang menghitung detik untuk berakhir.  Namun, itulah hakikatnya yang terjadi pada organisasi tertentu yang kewujudan serta kelangsungannya tidak dapat dipertahankan lagi.  

Perkhidmatan pos ibarat telur di hujung tanduk.  Bagaimana dunia kelihatan tanpa mel.  Demikian tajuk akhbar Internet, The Huffington Post, yang memberikan liputan bahawa perkhidmatan pejabat pos di Amerika Syarikat, kira-kira 3700 menjadi sasaran penutupan, kebanyakannya di kawasan luar bandar. Selain pemotongan belanjawan kerajaan yang menjejaskan perkhidmatan pos, perkhidmatan itu juga menghadapi   saingan Internet,  meskipun Internet masih belum menyeluruh. Perkhidmatan pos di negara itu akan menjadi dinosaur dan tidak lama  lagi pasti pupus.

Nasib yang hampir sama dijangkakan menimpa perpustakaan awam di negara itu, seperti yang dibahaskan oleh David A. Bell dalam The New Republic.  Salah faktornya ialah e-buku yang jualannya terus meningkat.  Beliau memetik kajian Pew bahawa 21 peratus rakyat Amerika membaca e-buku pada tahun lalu. Faktor lain ialah Internet, tetapi beliau mengakui Internet belum tersebar meluas di Amerika Syarikat.

"Suka atau tidak suka," tulis Bell, "perpustakaan awam yang besar di dunia tidak akan kekal seperti yang wujud pada hari ini, tidak pada zaman tekanan kos yang keras yang perkadaran yang lebih besar warga membawa kira-kira sama jumlah perpustakaan penyelidikan dalam poket dan dompet mereka."  Beliau mengingatkan bahawa transformasi sedang berlaku.  "Perpustakaan dunia sedang berubah, dan kita perlu berubah bersama-samanya."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...