Artikel Popular

Saturday, July 21, 2012

Kisah di Sebalik Tabir

SABTU, 21 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Boleh dikatakan  hampir setiap waktu kita membaca berita   melalui akhbar, Internet, media sosial, atau mengikutinya melalui televisyen, terutamanya televisyen kabel, yang berlaku di seluruh dunia.  Misalnya, tragedi di Aurora, Colorado, yang mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan lebih 50 orang  - penonton filem Batman yang berlaku malam tadi waktu Malaysia, tersebar dengan begitu pantas, termasuk melalui Facebook dan Twitter.

Namun, di sebalik semua berita ini, bagi sesetengah orang, mereka ingin mengetahui kisah di sebalik semua peristiwa atau kejadian yang telah pun menjadi pengetahuan umum, iaitu  biasanya disebut kewartawanan penyiasatan - seperti yang dapat dilihat dalam skandal Watergate - adalah antara   yang terbaik. Yang terbaharu dan masih hangat, ialah  skandal penggodaman telefon yang melibatkan empayar media Rupert Murdoch.

Keputusan Mahkamah Agung  Amerika Syarikat tentang "Obamacare" yang dilaporkan secara silap oleh CNN dan Fox News telah pun diketahui bukan sahaja di negara itu, bahkan di negara luar. Walau bagaimanapun, Tom Goldstein yang menulis dalam SCOTUSblog, memberitahu, "usaha pertama saya dalam kewartawanan sebenar."  Beliau mendedahkan apa yang berlaku di Mahkamah Agung SCOTUSblog, CNN, Fox News, dan Rumah Putih - tempat Presiden Barack Obama dengan para penasihat dan stafnya menunggu keputusan yang amat penting itu.  Masa yang beliau liputi pada hari itu - 28 Jun adalah antara10.06 pagi (apabila mahkamah  menyiarkan pendapat) dengan 10.15 (apabila CNN mengubah sendiri berita yang silap itu dan melaporkan bahawa penjagaan kesihatan itu disahkan oleh mahkamah).  Jelas Goldstein, "segala-galanya berasaskan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung."

Selain kisah di sebalik tabir peristiwa yang telah pun diketahui umum, para penulis (dan pasukannya) menyiasat sesuatu yang belum diketahui juga dengan mengadakan dengan mereka yang terlibat, seperti yang dapat diikuti dalam tulisan Amelia Gentleman dalam The Guardian, "Too Much to Bare:  Behind the Scenes at a Lap-dancing Club."  Pastinya, penulisan seperti ini dapat membangkit minat orang ramai kerana kedalaman penulisan dan diolah pula dengan cukup menarik; atau dengan kata lain, bukan bersifat deskriptif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...