Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kokus Iowa untuk Parti Republikan telah pun selesai yang menyaksikan persaingan sengit antara Mitt Romney, Rick Santorum, dan Ron Paul, apabila ketiga-tiga pencabar ini saling dahulu mendahului antara satu sama lain. Liputan langsung kokus itu pada mulanya menunjukkan Ron Paul mendahului pesaingnya, kemudian diambil alih oleh Rick Santorum, kemudian oleh Mitt Romney.
Santorum dan Romney saling bertukar tempat pertama, tetapi keputusan akhir memihak kepada Romney. Beliau memperoleh 30,015 undi (24.6 peratus) dengan kelebihan undi mengatasi Santorum yang memperoleh 30,007 undi (24.6 peratus, dan Ron Paul memperoleh 26,219 undi (21.5 peratus).
Meskipun menang, Romney, calon pilihan ramai, beliau gagal mendapat 25 peratus, dan tidak banyak jauh daripada yang beliau peroleh empat tahun lalu, sedangkan beliau menghabiskan masa lima tahun untuk berkempen di sana. Jika dilihat dari segi wang yang dibelanjakan dan namanya memang terkenal, kemenangan nipis itu tidak tidak berbaloi, dan sepatutnya kemenangan itu milik Santorum yang hanya membelanjakan AS$1.65 untuk setiap undi yang beliau terima di kokus itu berbanding dengan Rick Perry yang berbelanja AS$817.
John Cassidy yang menulis dalam The New Yorker mengiystiharkan "Santorum menang dalam pertandingan dengan Romney." Demikian juga Molly Ball yang menulis dalam The Atlantic yang memuji dan menyanjung Santorum berbanding dengan Romney. Beliau dianggap menang besar. Santorum menggunakan strategi Frank Finkel, menurut tafsiran Paul Begala, nampaknya menjadi: beliau tiba lewat di medan pertempuran tatkala musuhnya keletihan. Namun, Romney dan Santorum dianggap calon yang gagal, kerana meskipun banyak usaha yang dicurahkan, pihak masing-masing tidak dapat menemui mana-mana calon yang lebih baik atau lebih boleh dipertanggungjawabkan.

Pastinya, kemenangan ini tidak memeranjatkan kerana Romney, seperti yang ditinjau oleh Des Moines Register yang dipetik secara meluas, empat hari sebelum pengundian, mendahului pesaing lain dengan 24 peratus, manakala Paul 22 peratus dan Santorum 15 peratus. Yang menarik, tinjauan itu membayangkan bahawa Santorum mengambil alih tempat kedua Paul.
Ari Melber yang menulis dalam The Nation mengemukakan empat keputusan paling penting Kokus Iowa itu: bukan keputusan tiga penjuru, mubaligh Kristian sebenarnya menyukai Paul, Santorum telah puns mensia-siakan kemaraannya, dan Newt Gingrich meneruskan perjuangan untuk menghalang kemenangan Romney.
Keputusan tersebut menyampaikan mesej yang bercampur-campur, yang dalam pemerhatian Dana Milbank adalah "keadaan tidak dapat membuat keputusan di Iowa dan dalam Parti Republikan itu sendiri," bahkan perpecahan yang mendalam dalam Republikan. Dengan selesainya Kokus Iowa yang menunjukkan bahawa Mitt Romney gagal muncul sebagai pemenang yang jelas. Keputusan itu merupakan berita buruk untuk Republikan, sebaliknya, berita baik untuk Presiden Barack Obama yang merupakan pemenang sebenar. Sebelah menyebelah Atlantik mengatakan Obama pemenang Kokus Iowa itu.
Bagi Obama, tegas George E. Condon Jr., bahagian terbaik tentang kokus itu adalah bahawa telah berakhir dan calon-calon Republikan meninggalkan negeri itu tempat mereka berkampung hampir dua bulan lalu, dengan mengambil kesempatan melalui televisyen menyerang beliau. Meskipun hanya mempunyai enam undi electoral college, Iowa ialah negeri yang Presiden hitung untuk menang untuk penggal kedua beliau dan berjuta-juta dolar iklan negatif gagal membantu, tetapi menyembunyikan keraguan tentang beliau di negeri yang beliau menang selesa dalam pilihan raya yang lalu.
Meskipun ketika itu keputusan sepenuh belum diketahui, Howard Fineman menegaskan bahawa kita telah pun mengetahui seorang pemenang besar, iaitu Presiden Barack Obama. Kempen yang muram, menjijikkan di Iowa tidak elok untuk Parti Republikan atau negara. Wang yang dibelanjakan pada iklan yang menyerang merupakan undi untuk undi, terlalu besar. Unjuran menyatakan jumlah Republikan yang keluar mengundi kira-kira 118,000 orang, secara kasar, sama seperti tahun 2008, tahun yang persaingan Hillary Clinton-Barack Obama menarik dua kali ganda peserta. Dalam kata lain, jumlah yang keluar mengundi tidak jenis yang menunjukkan minat dan keghairahan yang menandakan kemaraan Republikan pada musim gugur akan datang. Mereka dilihat mengambil beberapa langkah mundur setelah empat tahun dalam percubaan untuk memikat dan berkempen. Dalam kata-kata yang paling sesuai, Republikan meninggalkan Iowa dengan ketempangan.
Apakah keagresifan dan keangkuhan calon-calon Republikan akhirnya membawa padah? Senjata makan tuan?

No comments:
Post a Comment