Artikel Popular

Friday, July 20, 2012

Ekonomi Beban Obama

JUMAAT, 20 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pertarungan antara Barack Obama dengan Mitt Romney, seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, "penjawat kini yang lemah lawan pencabar yang lemah."  Apabila kempen semakin rancak dan  kedua-dua belah saling serang menyerang, mungkin perlumbaan ke Rumah Putih adalah antara penjawat kini yang gagal dengan pencabar yang tidak boleh dipercayai.  

Obama gagal dari segi ekonomi kerana pengangguran masih tinggi, iaitu 8.2 peratus dan pertumbuhan masih lemah.  Tinjauan pendapat menunjukkan ekonomi merupakan beban yang besar terhadap beliau. Sementara Mitt Romney,  pembabitannya dalam Bain Capital, akhirnya terbongkar bahawa beliau tidak boleh dipercayai: daripada penyumberluaran kepada penyata cukai  kepada akaun luar pantai, yang terbukti wujud unsur penipuan.

Ekonomi dikhuatiri akan menghakiskan sokongan terhadap Obama. "Terlalu sedikit, terlalu perlahan," memetik Derek Thompson, "krisis tidak setuju ekonomi yang kental."



Apabila fokus beralih daripada cukai Mitt Romney kepada ekonomi yang muram, seperti yang dibayangkan oleh The Economist, pastinya Presiden Barack Obama terpaksa bergelut dengan beban yang cukup berat.  

Mampukah beliau menutup kegagalannya dengan menyerang musuh dengan memperkukuh tanggapan bahawa lawannya itu ialah orang yang tidak boleh dipercayai?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...