Artikel Popular

Thursday, July 26, 2012

Menunggu Perolehan Facebook Penuh Debaran

JUMAAT,  27 Julai 2012  (Kemas kini 27 Julai, 10.35 pagi)
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jika para pelabur menghitung detik terakhir penyenaraian Facebook dengan tawaran awam  permulaan (IPO) terbesar kira-kira dua bulan lalu, kini mereka menunggu laporan perolehan media sosial itu dengan penuh debaran.  


Pada hari pertama, iaitu pada Jumaat 18 Mei lalu, saham Facebook dibuka pada harga AS$42 sesaham, AS$4 mengatasi harga tawaran, AS$38 - satu daripada jualan saham yang paling kegila-gilaan dalam sejarah. Pada hari itu, Facebook dikatakan nyaris-nyaris diaibkan kerana harga sahamnya menjunam di bawah harga tawaran, tetapi akhirnya ditutup pada harga AS$38.23, meningkat 0.61 peratus. Hari yang penuh kekecewaan untuk para pelabur.  


Mark Evans yang menulis dalam Forbes pernah mengingatkan para pelabur menjauh diri mereka daripada IPO Facebook, tetapi tidak sesiapa yang mempedulilkannya.  Hanya dalam beberapa hari diniagakan, para pemegang saham mengambil tindakan terhadap Facebook dan banker Wall Street berhubung dengan unjuran kewangan pra-IPO. Para pelabur menegaskan bahawa mereka dikelirukan dalam membeli saham firma rangkaian sosial itu.


Oleh sebab harga saham Facebook, kini para pelabur begitu berminat ingin mengetahui perolehan suku kedua firma ini.  Saham Facebook kini diniagakan sekitar AS$27 atau AS$29, kira-kira 25 peratus di bawah IPO.  Bank utamanya, iaitu Morgan Stanley  melaporkan kerugian sebelum cukai AS$673 juta






Facebook, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian,   The Telegraph, dan The Economist,  mengumumkan keputusan pertama selepas IPO bahawa hasil diperoleh ialah AS$1.18 bilion untuk tiga bulan berakhir pada 30 Jun, mengatasai jangkaan para penganalisis, tetapi menanggung kerugian AS$157 juta. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...