Artikel Popular

Tuesday, July 24, 2012

Google Menyelamatkan Bahasa!

SELASA, 24 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam Dewan Bahasa keluaran bulan ini,  saya menulis bahawa teknologi dapat memusnahkan, menyelamatkan, dan  mengembangkan sesuatu bahasa. Memang disedari bahawa pengulas  bahasa  menganggap bahawa teknologi memusnahkan sesuatu bahasa.

Kewujudan komputer, khidmat pesanan ringkas (sms), dan media sosial, seperti Facebook, Twitter, dan blog, banyak membantu mengembangkan sesuatu bahasa, dan bahasa Melayu tidak terkecuali.  Contoh yang paling mudah, jika kita menaip  menggunakan i-Pad, akan muncul tanda dalam bahasa Melayu.  

Beberapa hari lalu, saya membaca akhbar The Guardian dalam talian, tersua dengan iklan dalam bahasa Melayu, "Salamat Datang," mempromosikan pusat membeli-belah di London.  Ketika membaca majalah dalam talian terbitan luar negara, saya ternampak iklan sebuah hotel di Kuala Lumpur, mempromosikan bilik penginapan dalam bahasa Melayu. 

Demikian google, yang turut mengembangkan bahasa Melayu melalui khidmat yang disediakan. Bahkan, google, seperti yang dipetik oleh The Economist,  melancarkan projek untuk menyelamatkan bahasa yang terancam, iaitu Projek Bahasa Terancam:  Menyokong Pemuliharaan Bahasa Menerusi Teknologi dan Kerjasama.

Pendek kata, teknologi, seperti komputer, Internet, dan media sosial dapat dimanfaatkan untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu, sekadar memerlukan daya usaha dan sedikit sebanyak inovasi dan kreativiti, bukannya asyik merungut akan "nasib malang" yang menimpa bahasa sekarang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...