Artikel Popular

Friday, June 15, 2012

Tiga Krisis Global

JUMAAT, 15 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Menjelang  Sidang Kemuncak Rio+20 pada akhir bulan ini,  Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), mengeluarkan amaran bahawa dunia menghadapi tiga krisis, iaitu pendapatan yang merosot, kerosakan alam sekitar, dan kekacauan sosial, kecuali setiap negara menerima pakai pendekatan mapan untuk pertumbuhan ekonomi.  

Beliau dipetik sebagai berkata bahawa golongan kaya sepatutnya mengawal tuntutan mereka  untuk pendapatan yang lebih tinggi, manakala masih wujud 200 juta orang di seluruh dunia mencari pekerjaan dan kemiskinan meningkat. 

Menjelang sidang kemuncak itu juga gabung ahli sains dari pelbagai negara, iaitu Afrika Selatan, Latvia, Jepun, Nicaragua, Bolivia, dan United Kingdom, dilaporkan  mengambil langkah yang jarang-jarang dilakukan dengan mengeluarkan kenyataaan bersama bahawa para pemimpin antarabangsa yang gagal bertindak kini terhadap pertumbuhan penduduk dan penggunaan yang berlebihan akan "membawa potensi implikasi malapetaka terhadap kesejahteraan manusia."  

Mereka menggesa tindakan bukan hanya untuk mengurangkan penggunaan, tetapi juga memperlahankan pertumbuhan penduduk, dengan tumpuan khusus mendidik wanita dan kanak-kanak perempuan di negara membangun.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...