Artikel Popular

Wednesday, June 13, 2012

"Kabinet Dapur" Kecoh

RABU, 13 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Setelah memenangi Pilihan Raya Presiden Perancis pada awal Mei lalu, dan yang terbaharu partinya dan sekutunya mendahului lawan dalam pilihan raya Parlimen, Francois Hollande dilihat dapat memperkukuh kedudukannya. Dengan kedudukan itu, beliau dijangkakan mempunyai lebih banyak kekuatan untuk menolak langkah jimat-cermat yang "dipaksa" oleh Brussels dan Berlin terhadap negara Eropah, terutamanya anggota zon euro. 

Namun, hanya lebih sebulan  beliau menduduki Istana Elysee, tercetus kekecohan yang melibatkan Wanita Pertama yang sekadar teman wanitanya, iaitu Valerie Trierweiler yang mengeposkan kenyataannya melalui Twitter menyokong Oliver Falorni, calon yang menentang bekas teman wanita Hollande, Segolene Royal, di barat Perancis.  Francois Hollande yang pernah tinggal bersama-sama Royal, ahli politik sosialis yang pernah bertanding untuk Pilihan Raya Presiden Perancis, menentang Nicolas Sarkozy, ialah ibu empat anak hasil "perkongsian hidup" mereka.  Sementara Trierweiler, janda tiga anak, menjadi teman Hollande sejak hubungan beliau dengan Royal berakhir. 

Kekecohan "kabinet dapur" itu dilaporkan secara meluas, antaranya oleh The Independent, The Guardian,  Time, dan The Daily Beast.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...