Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sesungguhnya, laporan pekerjaan cukup untuk membuatkan Presiden Barack Obama terkedu dan termenung sejenak tentang masa depannya di Rumah Putih untuk tempoh satu penggal lagi. Laporan untuk bulan Mei itu menunjukkan hanya 69,000 pekerjaan baru diwujudkan, jauh meleset daripada jangkaan, iaitu 150,000 pekerjaan. Sementara laporan pekerjaan Mac dan April yang disemak semula mewujudkan 49,000 pekerjaan, bermakna peningkatan bersih 20,000 pekerjaan sahaja.
Pastinya, ini berita buruk untuk Barack Obama dan berita baik untuk Mitt Romney dan Republikan untuk Pilihan Raya Presiden 2012. Obama seakan-akan dihantui oleh igauan ngeri, lebih-lebih lagi memandangkan beliau kesuntukan masa untuk mengurangkan kadar pengangguran. Beliau, bahas Michael Tomasky, "terlalu lemah untuk memenangi pilihan raya November ini." Dalam pelan pekerjaannya beliau mengharapkan sokongan Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan, sesuatu yang pastinya tidak menjadi kenyataan. "Seperti yang saya tulis banyak kali, hujah Tomasky, "Obama mempunyai kes ekonomi yang kuat berbanding Romney yang tidak ada kena mengena dengan Bain Capital atau Massachusetts. Ini bukan tentang masa lalu, tetapi tentang masa depan."
Akan tetapi, hakikatnya, bukan juga berita baik untuk Romney, seperti bahas George Zornick, "cerita politik sebenar di sini bagaimana teruknya Washington bertindak balas terhadap krisis pekerjaan. Jika Romney menggunakan kadar pengangguran di Amerika sebagai modal politiknya untuk menyerang Obama, orang mula membandingkan pengangguran di Massachusetts ketika beliau menjadi gabenor, yang seperti dianalisis oleh Andrew Sullivan, juga teruk. Dengan kata lain, rekod kedua-dua calon ini tentang pekerjaan adalah "dua kali lima."
Dengan pengangguran meningkat kepada 8.2 peratus, menunjukkan bagaimana Romneynomics boleh menjejaskan pemulihan. Selain itu, dengan berasa amat gembira terhadap laporan pekerjaan yang muram, Republikan dikatakan mengamalkan schandenfreude, iaitu berasa gembira atau nasib malang orang lain.
Laporan pekerjaan yang muram itu mendetarkan atau menggelisahkan strategi Obama. Presiden Barack Obama berharap untuk menjadikan kempen tahun 2012 pungutan suara atau referendum terhadap rekod Romney sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bain Capital, kegagalan lawannya sebagai Gabenor Massachusetts, dan apa yang pasukan Obama lihat keganjilan robot Romney, tetapi ekonomi mempunyai idea lain pula. Memang, kempen beliau memberikan tumpuan pada ekonomi, bukan sahaja untuk dalam negara, dan untuk menyerang Romney, tetapi juga luar negara.
Obama, menurut Niall Ferguson, ingin mengheret Pilihan Raya Presiden kepada "Rumah Putih lawan Wall Street," sambil menambah, "Harvard Business School lawan Harvard Law School." Ferguson yang pada matanya Obama (juga Paul Krugman) tidak pernah elok, pastinya memihak kepada Mitt Romney yang sebelum menceburi politik ialah ahli korporat berbanding Obama hanya seorang peguam.
Data terbaharu tentang pekerjaan itu dilihat oleh banyak pihak boleh menjejaskan peluang Obama untuk penggal kedua. Selepas Perang Dunia Kedua, tiga penjawat kini tewas pemilihan semula. Setiap seorang menghadapi para pengundi dengan pengangguran lebih tujuh peratus. Obama dalam usaha mengawal kerosakan, dilaporkan memberitahu penderma kempen di Chicago dan Minnesota bahawa krisis hutang kedaulatan Eropah adalah terutamanya dipersalahkan kerana bulan yang perlahan pertumbuhan guna tenaga Amerika Syarikat pada tahun ini.
Pastinya, pemotongan pekerjaan dalam sektor awam turut menyumbang kepada pengangguran dan menjejaskan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat. Di sebalik data muram tentang pekerjaan yang boleh menggerhanakan peluang Obama, kajian isi rumah Jabatan Buruh negara itu, seperti yang dipetik oleh Bloomberg, mendapati bilangan orang yang bekerja meningkat sebanyak 422,000 orang pada Mei, menjadikan nisbah pekerjaan dengan penduduk 58.6 peratus, meningkat daripada 58.4 peratus pada April.
Ezra Klein yang menulis dalam blog The Washington Post, mengingatkan supaya jangan terlalu memberikan perhatian terhadap pekerjaan bulan Mei itu. "Berita buruk untuk beberapa bulan kebelakangan ini membayar balik untuk berita baik permulaan tahun ini apabila 100,000 pekerjaan ditambah pada Februari. Dari Mac hingga Mei, pertumbuhan pekerjaan secara purata 96,000 pekerjaan sebulan." Di Virginia, seperti yang diakui oleh Gabenor daripada Republikan, "dasar Obama yang membantu mengeluarkan negeri itu daripada kemelesetan."
Walau bagaimanapun, sesuatu yang mana-mana pemimpin, termasuk Barack Obama, pergelutan ekonomi global meningkatkan tekanan kepada mereka. Nyata bahawa, seperti yang berlaku di Eropah terutamanya, krisis ekonomi mengorbankan seorang demi seorang pemimpin. Di sebalik angka tentang pekerjaan itu, bahas Christopher Mattews dalam Time, "pertumbuhan pekerjaan yang perlahan ialah masalah; pengangguran jangka panjang ialah krisis" - sesuatu yang pastinya amat mencemaskan Obama.
Diakui bahawa pertarungan antara Obama dengan Romney bergantung pada tanggapan awam tentang pengawasan ekonomi Presiden, dengan penekanan khusus terhadap prestasi beliau terhadap isu yang sentiasa penting, iaitu pekerjaan. Sementara kehilangan pekerjaan berlaku pada masa pertumbuhan penduduk yang pesat, dengan lebih 8,100,000 penduduk Amerika baru, Michael Medved mengingatkan, "Statistik menunjukkan perbezaan dramatik dari segi prestasi fiskal antara Kongres yang dikawal oleh Republikan dengan Kongres yang dikawal oleh Demokrat: defisit yang besar berlaku ketika Kongres dikuasai oleh Demokrat."
Obama, hujah Medved tidak boleh mendakwa dirinya pencipta pekerjaan memandangkan hanya sebilangan orang yang bekerja hari ini, tetapi beliau boleh berbangga bahawa pertumbuhan perbelanjaan sewenang-wenangnya yang Romney dan konco-konco selalu kutuk, telah pun mula berkurangan di bawah pengaruh anggota Perwakilan Republikan.
Lebih malang untuk Obama, kerana serangannya terhadap Romney ketika berkhidmat sebagai Gabenor Massachusetts, menurut Howard Kurtz, "tersasar daripada sasaran." Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan bahawa Romney semakin diterima, tetapi Obama masih lebih popular. Meskipun terpaksa berhadapan dengan liku-liku awal, kempen Obama dapat melihat kelebihan pilihan raya, tulis Michael A. Memoli dalam Los Angeles Times. Pengurus kempen Obama, Jim Messina menjangkakan bahawa sebaik-baik sahaja mendapat pencalonan, anggota Republikan akan menyokong beliau dan perlumbaan memang sengit." Melihat peta pilihan raya, dari segi matematik, Obama menguasai 243 undi berbanding Romney 191 undi, dengan 104 undi badan pemilih yang menjadi pertaruhan. Mungkin suatu suntikan semangat untuk Obama ialah bekas Presiden Bill Clinton, tidak seperti tahun 2008, awal-awal lagi bersama-sama beliau.
Dalam masa kira-kira enam bulan untuk hari pengundian (bagi beberapa negeri, bermula empat bulan dari sekarang), banyak angka yang akan diketengahkan, dan pastinya yang popular ialah kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran. Sepanjang tempoh ini, pastinya juga, Barack Obama terpaksa bergelut dengan angka.
Namun, ada orang berpesan lebih kurang begini: "Jika seseorang hidup dengan angka, mati pun dengan angka." Justeru, peringatan kepada orang politik, termasuk di Malaysia, "jangan terlalu asyik bermain dengan angka, nanti anda tertimbus dengan angka!"

No comments:
Post a Comment