Artikel Popular

Saturday, June 9, 2012

Presiden AS: Kita Semua Keynesian

SABTU, 9 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kita semua Keynesian terus bergema.  Perisytiharan yang pernah dilakukan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon, kemudian lenyap berikutan kebangkitan neoliberal yang diterajui oleh Margaret Thatcher  dan Ronald Reagan yang memberikan kepercayaan ideologi dalam sistem pasaran

Walau bagaimanapun,  krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku sejak tahun 2008, membangkitkan semula bukan sahaja dalam ahli ekonomi, bahkan juga para pemimpin dan penggubal dasar untuk membincangkan semula pemikiran ahli ekonomi yang tersohor pada abad ke-20, iaitu John Maynard Keynes.

Selepas John Cassidy menulis dalam blog The New Yorker beberapa hari lalu, "Reagan, Bush, dan Obama: Kita semua masih Keynesian,"  Paul Krugman muncul dalam kolumnya, menegaskan Reagan ialah Keynesian.  Reagan, meskipun mengajar kerajaan kecil, hujah Krugman, beliau dari segi amalan, berbelanja besar, satu pendekatan yang Amerika perlukan sekarang.  Perbelanjaan besar pada zaman Reagan, seperti yang diketahui umum, dan dibangkitkan oleh Krugman, adalah untuk ketenteraan.

Namun, Krugman mengakui bahawa pemulihan ekonomi era Reagan bukan benar-benar memperlihatkan keunggulan ekonomi Keynesian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...