Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kajian baru, yang dipetik oleh The Huffington Post, mendapati 43 peratus lelaki meninggalkan kehidupan seks demi pekerjaan mereka.
Tinjauan pendapat menerusi Roxy Palace kasino dalam talian, yang diterbitkan dalam The Daily Mail, mendedahkan banyak lelaki melakukan pengorbanan yang ekstrem demi memastikan kehidupan keluarga mereka terjamin dalam suasana ekonomi yang sukar sekarang. Mereka rela mengorbankan kehidupan seks berbanding dengan kehilangan pekerjaan mereka. Dalam membuat pilihan yang sukar ini, ada yang sanggup hidup tanpa seks.
Kajian yang melibatkan 700 lelaki bujang dan berkahwin, berumur antara 21 hingga 50 tahun, dijalankan di United Kingdom.
Selain kajian itu, The Huffington Post juga memaklumkan bahawa berdasarkan pelbagai kajian, seks diketepikan demi pilihan lain: 68 peratus akan meninggalkan seks sekurang-kurangnya sebulan untuk pertukaran dengan "tubuh bikini yang sempurna;" 15 peratus peserta yang dikaji berkata mereka rela meninggalkan seks berbanding dengan meninggalkan iPhone percuma; 12 peratus orang Amerika yang ditinjau akan meninggalkan seks demi tidur yang lebih baik; 20 peratus wanita rela meninggalkan seks selama seminggu daripada tidak melihat foto kawan mereka yang baharu sahaja diposkan; 21 peratus orang yang sanggup meninggalkan seks berbanding dengan meninggalkan akses Internet selama setahun; 25 peratus pelajar kolej berkata bahawa mereka rela meninggalkan seks untuk setahun supaya dapat berhenti daripada mengheret buku teks yang berat ke sana sini; dan 75 peratus orang rela meninggalkan seks demi makanan kegemaran mereka.
Pendek kata, seks bukan segala-galanya. Masih wujud perkara lain yang menjadi keutamaan manusia. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment