Artikel Popular

Tuesday, June 5, 2012

Hartawan Minat Kertas

SELASA, 5 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Tatkala raja media, Rupert Murdoch yang cukup berkuasa,  bersama-sama orang kuat beliau, dan para pemimpin  dan ahli politik dihadapkan ke Leveson Inquiry, manakala Rebekah Brooks didakwa,  hartawan terkenal, Warren Buffett, seperti yang dilaporkan oleh BloombergBusinessweek, mengumumkan bahawa syarikat beliau, Berkshire Hathway, membeli 63 buah akhbar daripada Media General pada 17 Mei.  Buffett mengeluarkan kenyataan yang melambung tentang kepercayaannya terhadap industri yang menurun ini. 

"Di pekan dan kota tempat wujudnya rasa komuniti yang kuat, tidak ada institusi yang lebih penting daripada akhbar tempatan," jelas Buffett. Memang benar bahawa beliau merupakan peminat akhbar. Berkshire Hathaway telah pun memiliki Buffalo News dan mempunyai kepentingan dalam The Washington Post.  Syarikat ini juga mengejutkan beberapa pemerhati dengan membeli Omaha World-Herald, terbitan lebar sehelai tempat kelahiran Buffett. 


Tindakan Buffett membeli akhbar jumlah dalam yang besar yang melibatkan AS$142 juta,  kerana industri terbenam, pastinya menimbulkan tanda tanya, seperti yang dibangkitkan oleh Howard Kurtz dalam The Daily Beast


Apabila orang kaya membeli akhbar, tulis Kurtz, "adalah untuk banyak alasan.  Rupert Murdoch kerugian pada The New York Post kerana akhbar ini mempertingkat pengaruh politik beliau, dan terlebih bayar untuk The Wall Street Journal kerana prestij tidak ada tolok bandingnya.  Pemaju hartanah, Mort Zuckerman menjadi pemain dengan membeli New York's Daily.  Akan tetapi, kelihatan tidak mempunyai agenda, selain kepercayaan pada akhirnya, bahawa akhbar penting."


Buffett seakan-akan tidak serik kerugian yang ditanggung dalam pelaburan untuk akhbar:  "Saya fikir kami melakukan kesilapan dalam akhbar apabila kami menawarkan produk yang sama dalam talian.  Saya duduk di Omaha dan bayar lima dolar untuk Sunday New York Times, atau hanya membaca akhbar itu dalam talian.  Ini bukannya model perniagaan yang mapan."


Selain membeli akhbar daripada Media General itu, beliau juga membuat pengumuman kepada dunia bahawa beliau ingin membeli lebih banyak akhbar. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...